Cantiknya! Guna elaun deko kelas ala kafe supaya murid seronok belajar jadi inspirasi, pengorbanan Cikgu Tarmizi raih pujian ramai
TENTU ramai bersemangat apabila suasana sekeliling kemas, cerah dan ceria. Persekitaran yang menyenangkan bukan sahaja dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran malah berupaya meningkatkan kesejahteraan mental kerana kita akan lebih santai dan senang hati ketika berada di suasana selesa.
Inisiatif seorang guru di sekolah pedalaman di Bumi Kenyalang yang mencantikkan ruang kelasnya menjadi perhatian ramai.
Baca juga: Agong ucap tahniah, Cikgu Khalifa raih Anugerah Cambridge
Pengorbanan Cikgu Muhammad Tarmizi Awang@Yaacob , 38, tular di laman sosial hingga meraih pujian daripada warga maya dan pihak tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia.
"Selamat Hari Guru, cikgu!" titip Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di laman Facebook rasminya bagi menghargai kesungguhan Muhammad Tarmizi.
Seagalanya bertitik tolak daripada keinginan mewujudkan persekitaran kelas sesuai bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid, guru Sekolah Kebangsaan Kampung Kut Daro, Sarawak itu sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk dekorasi ala restoran yang unik.
Memuat naik gambar-gambar bilik darjah dan sekolah tersebut di Facebook, projek menghias kelas itu dinamakan The Class Kafe turut berjaya menarik minat muridnya.
Baca juga: Kenang jasa cikgu Matematik, alumni TKC hadiahkan Perodua Aruz dibayar ‘lump-sum’ sempena persaraan
"The Cafe Class, kita buat dia. Daripada kelas biasa ke yang lebih selesa. Sempena Hari Guru yang bakal tiba, saya kongsikan sedikit deko guru pedalaman buat rakyat malaysia semua. Ada orang tanya saya mana pergi gaji cikgu?"Saya gunakan sedikit elaun pedalaman untuk mencantikkan kelas. Ada rezeki lebih, saya buat lebih.
"Pada bulan Disember nanti akan ada kenaikan gaji. Terima kasih PMX, maka dapatlah saya berkongsi lagi," ujarnya.
Baca juga: Murid pedalaman tiada internet, guru sanggup redah laluan sukar hantar bahan pembelajaran
Baca juga: Cikgu terima hadiah sayur, buah di majlis perpisahan, ramai tersentuh keikhlasan murid hargai guru
Turut memuat naik foto sebelum dan selepas dekorasi, sentuhan guru Pendidikan Islam lulusan Universiti Perguruan Sultan Idris itu benar-benar mengubah ambiens ruang.
Suasana kelas menjadi lebih 'cozy' dengan sentuhan rona hitam putih. Bagi menzahirkan konsep kafe, ruang tingkap kelas dihias tidak ubah seperti kaunter manakala meja serta kerusinya pula persis restoran selepas diberi elemen kemasan lembut.
Ternyata kedudukan sekolah di pedalaman tidak menjadi faktor penghalang Muhammad Tarmizi melahirkan suasana yang ceria buat pelajarnya. Malah keinginan kuat untuk melihat kemenjadian murid-muridnya adalah penguat semangat.
"Walaupun di sekolah pedalaman, saya jadikan suasana yang kondusif agar murid-murid saya seronok belajar.
Baca juga: Kisah cikgu Sam bersama anak Orang Asli, bukan anggap murid tetapi seperti keluarga
"Saya yakin dan percaya ramai rakan-rakan guru melakukan sehabis baik untuk anak didik mereka. Ramai di antara guru sanggup berhabis wang ringgit untuk kemenjadian anak murid," katanya.
"Inilah sekolah saya mula-mula masuk dahulu, barulah merasa sekolah pedalaman. Tetapi itu semua bukan penghalang untuk saya terus menjadi pendidik.
Baca juga: Kenang jasa guru, cef Instagram Shafiquecute kembali ke MRSM Muar, pencapaiannya memberi inspirasi
"Saya mengajar di sekolah pedalaman Sarawak dan masih menikmati pengalaman hebat ini," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Tarmizi turut berkongsi kecintaannya kepada profesion perguruan timbul sejak kecil. Kecenderungannya dan adik-beradik dibentuk bapa yang terdahulu bercita-cita menjadi pendidik.
"Ayah selalu berkongsi cerita semasa kecil, beliau sangat berminat untuk menjadi guru. Namun apakan daya bapa hanya mampu bersekolah sampai Darjah Empat sahaja. Maka, minat saya timbul untuk menjadi guru bagi merealisasi impian ayah dulu.
"Saya anak kelapan daripada 11 orang adik-beradik. Alhamdulillah, lapan orang daripada kami menjadikan guru sebagai kerjaya manakala selebihnya karier masing-masing.
"Laluan saya menjadi guru pula agak berliku memandangkan keputusan peperiksaan yang tidak berapa baik. Namun, berkat doa dan usaha saya berjaya menjadi mencapainya," titip Tarmizi.
Memetik Borneo Network, Muhammad Tarmizi berkongsi kenangan ketika mula melapor diri. Beliau dijemput menaiki bot oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro, Mukah untuk ke sekolah yang mengambil masa tiga jam dengan arus sungai deras.
Bagaimanapun, di sebalik cabaran itu, beliau mengakui menyimpan banyak kenangan manis termasuk di luar bilik darjah antaranya kerap menangkap udang galah di sungai bersama orang kampung.
Menurutnya, ketika di Sekolah Kebangsaan Kampung Bruit dia bersama beberapa guru lain sentiasa mencari idea untuk memberi pengalaman baru kepada murid pedalaman.
"Kami berusaha membawa murid keluar dari kampung untuk menyertai beberapa pertandingan di Semenanjung dengan harapan mereka dapat merasai suasana dalam kapal terbang dan melihat sendiri kemodenan Kuala Lumpur.
"Kami juga pernah memenangi pingat emas pertandingan inovasi peringkat kebangsaan di Institut Pendidikan Guru kampus Pendidikan Teknik.
"Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah kami disambut sebagai wira di lapangan terbang Sibu oleh masyarakat kampung dan wakil rakyat selain diraikan oleh persatuan Melanau Sibu dalam majlis hari raya," katanya.
Pada akhir tahun 2019, Muhamad Tarmizi dipindahkan ke SK Kampung Kut Daro yang masih lagi terletak dalam pulau Bruit dan juga sekolah pedalaman.
"Sebaik menjejakkan kaki ke sekolah itu, saya dan guru lain berusaha mengubah suasana sekolah menjadi lebih ceria supaya murid seronok untuk hadir ke sekolah.
"Atas kesungguhan itu, kisah sekolah kami tular di laman sosial yang mana suasana sebelum ini biasa menjadi luar biasa.
"Ia memberi inspirasi kepada guru dan masyarakat yang mana bahagia boleh dicipta walau di mana kita berada.
"Jika diimbas semula, memang banyak kenangan manis di sekolah ini, salah satunya apabila kisah saya sebagai Cikgu Spiderman kerana menyambut murid dengan berpakaian kostum adiwira itu ketika awal pembukaan sekolah tular.
"Saya sangat bersyukur kerana kisah itu beri peluang wajah murid terpapar di muka depan dada akhbar dan televisyen," katanya.
Kesungguhan Muhammad Tarmizi menarik perhatian KPM yang menghargai jasa dan inisiatif beliau.
"Negara tidak pernah ketandusan guru yang hebat dalam cara mereka yang tersendiri.
"Jasa dan pengorbanan lebih 400,000 orang guru yang menabur bakti di lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara tiada galang ganti.
"Terima kasih cikgu kerana menginspirasikan kami semua. Semoga terus cekal dan cemerlang mendidik anak bangsa," katanya.
Sumber: Facebook, Borneo Network
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang