KEDIAMAN dengan bau-bauan yang wangi dan harum pasti akan menaikkan semangat dan memberi kesegaran kepada penghuninya.

Terbaharu, siri Glade Aromatherapy Cool Mist Electric Diffuser dan Reed Diffuser serba baharu tampil dengan gabungan wangian dengan minyak pati dwicampuran yang unik.

Glade Aromatherapy dalam satu kenyataan menyebut, inovasi terbaharu itu diformulasikan tanpa paraben, ftalat, nitro musks dan pewarna.

“Pembungkusannya juga dibuat secara bertanggungjawab dengan bahan kitar semula yang diperakui,” kongsi kenyataan itu.

Secara keseluruhan, terdapat tiga wangian yang boleh dipilih pengguna. Berikut huraiannya:

Moment of Zen (lavender dan cendana)
-Campuran dwilavender dari Perancis dan kayu cendana Australia yang berkrim membawa ketenangan yang mendamaikan, membantu anda menenangkan diri dan menikmati persekitaran yang mendamaikan.

Pure Happiness (oren dan neroli)
-Ceriakan suasana rumah dengan gabungan wangian oren Brazil dan bunga neroli dari Afrika Utara.
-Oren mempunyai kesan yang menyegarkan, menaikkan semangat dan sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan kegembiraan.

Calm Mind (bergamot dan serai)
-Gabungan wangian bergamot Itali dan serai dari Guatemala memberikan kesegaran selesa di dalam kediaman, sekali gus mewujudkan suasana yang menarik.

BACA JUGA: Guna ginseng Korea dan haruman yang menyegarkan. Produk penjagaan rambut terkini RYO memang ‘vazz’

BACA JUGA: Khas untuk wanita berhijab, siri FOLLOW ME Green Tea Hijab khas dirumus untuk rambut lebih harum selama 48 jam

Iklan

Glade Aromatherapy didatangkan dalam dua jenis berbeza iaitu Cool Mist Electric Diffuser dan Reed Diffuser.

Cool Mist Electric Diffuser dikendalikan dengan mudah. Terdapat tiga tetapan kabus dan enam tetapan cahaya yang membolehkan pengguna menyesuaikan suasana santai mengikut mood. Satu lagi, tiada campuran atau air diperlukan.

Iklan

“Bagi Reed Diffuser, bau yang harum disebarkan ke seluruh persekitaran ruang melalui buluh rotan asli,” kata kenyataan itu.

Siri diffuser Glade Aromatherapy boleh didapati di pasar raya di seluruh negara. Pembelian juga boleh dilakukan di kedai rasmi SC Johnson, Shopee dan Lazada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan