GUNA ginseng Korea dan haruman yang menyegarkan. Produk penjagaan rambut terkini Ryo memang ‘vazz’.

Baru-baru ini, RYO, pakar terkemuka dalam penjagaan rambut gugur memperkenalkan beberapa produk baharu yang terdiri daripada Hair Loss Expert Care Perfume Shampoo dan Hair Loss Expert Care Perfume Treatment.

Menurut RYO dalam satu kenyataan media, Hair Loss Expert Care Perfume Shampoo dirumus dengan teknologi dipatenkan, Ginsen9EX RYO yang memanfaatkan ramuan seperti ginseng Korea dan sejumlah herba yang berkesan melegakan kulit kepala yang kering, gatal serta memulihkan keseimbangan.

ginseng

“Ia juga diuji secara dermatologi dan dibuktikan dapat menghilangkan bau kepala selepas menjalani Ujian Standard Korea,” ujar kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Hair Loss Expert Care Perfume Treatment yang tersedia dengan dua haruman, Jeju Breeze dan Seoul Sunset disyorkan untuk digunakan selepas bersyampu, tetapi sebelum memakai perapi.

BACA JUGA Syampu, perapi jenama Kusabana dari Jepun guna 90 peratus bahan semula jadi, bebas daripada silikon

BACA JUGA Wanita bertudung alami masalah rambut? Berikut 13 tip penjagaannya

“Penggunaan produk tersebut yang mengandungi ekstrak akar Polygonum multiflorum akan membantu menyubur dan turut menghilangkan kulit kepala gatal, manakala ekstrak ginseng dapat menguatkan rambut dari akar,” kata kenyataan itu lagi.

Jika pengguna memilih bauan Jeju Breeze, anda dapat merasakan kesegaran bunga lily, melati, ylang ylang termasuk kasturi.

Seoul Sunset juga tidak kurang hebatnya. Haruman oren, bunga gardenia dan freesia serta cendana akan ‘menguasai‘ rambut dan akan membuatkan rambut si pemakai selesa sepanjang hari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan