BUKAN sahaja terkenal sebagai pusat teknologi dan inovasi, Cyberjaya, Selangor kini semakin dihujani dengan banyak kafe yang menampilkan pelbagai konsep makanan.

The Pickers Lounge By EzyDurian yang terletak di Tamarind Square antara yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk setempat dan Lembah Klang.

Kepada anda yang memerlukan privasi dan mementingkan nilai eksklusif pada harga lebih berbaloi, destinasi itu memang sesuai untuk dijadikan pilihan.

Premis berkenaan antara lain memiliki ruang makan di atas bumbung. Sambil menikmati hidangan, anda secara tidak langsung boleh menghayati panorama kota Cyberjaya dengan tenang.

Selain menerapkan dekorasi yang memfokuskan kepada elemen kontemporari dan mewah, The Pickers Lounge By EzyDurian juga menyediakan lebih 50 sajian menu autentik Melayu dan Barat memikat rasa.

Sous Cefnya, Cef Ahmad Afizal Mohd Rozi berkata, pihak beliau percaya, gabungan hidangan dua konsep itu mampu memenuhi cita rasa pengunjung.

cyberjaya the pickers lounge by ezydurian

Bagi selera lokal, premis tersebut menawarkan Ikan Bakar Portugis dengan pilihan masakan seperti tiga rasa atau stim limau. Selain ikan kerapu, pengunjung boleh memilih ikan jenahak, merah, tauhu, gerut-gerut dan banyak lagi.

“Kami juga menyajikan Ketam Masak Lemak Cili Api Nanas dan Udang Diraja Masak Kunyit. Semua hasil laut segar diambil terus dari jeti di Kuala Selangor setiap hari,” katanya.

 

Cef Ahmad Afizal juga tidak lokek berkongsi keenakan kurma kambing yang merupakan resipi diwarisi daripada neneknya.

“Saya masih mengekalkan cara lama untuk membuat hidangan tersebut terutama dari segi pemilihan rempah-ratus bermutu tinggi dan dari segi cara penyediaan.

cyberjaya the pickers lounge by ezydurian

“Rasanya tetap sama seperti masakan nenek saya. Alhamdulillah, ramai yang sukakan masakan ini kerana kaya dengan aroma rempah dan daging pun lembut,” katanya.

Baca juga Kafe hipster dalam kampung, Dapo Putih bertali arus terima tetamu. Dekat dengan pantai Sungai Nibong pula tu…

Sementara itu, Ketua Chef The Pickers Lounge By EzyDurian, Chef Safarudin Abdul Rahman mencadangkan orang ramai mencuba menu The Pickers Lamb Shank dan Wagyu Ribeye Beef yang menjadi santapan utama di sana.

cyberjaya the pickers lounge by ezydurian

cyberjaya the pickers lounge by ezydurian

“Untuk lamb shank, daging dimasak dengan bahan-bahan terpilih di dalam ketuhar combi selama lapan jam supaya ia betul-betul empuk. Air daging itu kemudian diambil untuk dijadikan sos,” katanya.

Iklan

Baca juga Beli kopi, dapat surat & madah cinta. Konsep Kafe Kebun Puisi dapat sambutan bukan ‘kaleng-kaleng’

Kepada peminat stik, Wagyu Ribeye memang sangat disyorkan oleh Chef Safarudin.
“Cubalah, meskipun hanya sekali seumur hidup. Penangannya memang lain daripada lain,” katanya.

cyberjaya the pickers lounge by ezydurian

Sebagai tambah nilai, orang ramai boleh menikmati cendol premium dengan pilihan isi Musang King, selain stok pelbagai jenis durian yang dibawa terus ke The Pickers Lounge By EzyDurian setiap hari.

Premis tersebut juga boleh dijadikan lokasi pertemuan semula atau majlis pernikahan.

cyberjaya the pickers lounge by ezydurian

Iklan

The Pickers Lounge By EzyDurian

Alamat: B-03-01, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 10, Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: 9 pagi hingga 11 malam
Menu signatur: The Pickers Lamb Shank & Wagyu Ribeye
Harga: Bermula RM9.90 hingga RM500
Facebook: The Pickers Lounge by ezydurian
Instagram: @thepickerslounge

cyberjaya the pickers lounge by ezydurian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang