Sakit perut, pedih hulu hati ketika berpuasa. Elak makanan pedas termasuk kopi

Sakit perut, pedih hulu hati ketika berpuasa. Elak makanan pedas termasuk kopi
May 6, 2021
Oleh Faezah Muda

SAKIT perut ketika berpuasa bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ini disebabkan sesetengah individu mengalami perut meragam ketika menjalani ibadah bulan Ramadan.

Keadaan tersebut sudah pasti membuatkan kita jadi tidak selesa.

Iklan

Kadangkala bukan sahaja ketidakselesaan dalam perut, malah pedih hulu hati, kejang perut, kerap bersendawa (masam), loya dan muntah dan rasa panas pada dada (heartburn).

Sebenarnya apakah punca berlakunya sakit perut ini?

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, simptom tersebut adalah tanda-tanda mengalami dyspepsia.

“Dyspepsia adalah kondisi pencernaan terjejas. Ada beberapa punca berlaku dyspepsia seperti gastritis, peptic ulcer disease, atau gastroesophageal reflux disease (GERD).

“Gejala dyspepsia secara umum mudah berlaku ketika berpuasa kerana perut kosong, tetapi perut tetap merembeskan asid. Ada orang, perutnya sangat sensitif dengan asid,” kongsi beliau di Facebook.

Jadi, buat korang yang kerap mengalami dyspepsia sepanjang berpuasa . Ikuti tip berikut:

Iklan

ELAKKAN

1. Merokok dan minum minuman keras.
2. Minum kopi, teh, minuman berkarbonat.
3. Makan juadah pedas dan berminyak.
4. Ambil NSAID (ubat tahan sakit) berterusan.
5. Makan terlalu banyak semasa berbuka.
6. Baring atau tidur selepas berbuka atau sahur.
7. Makan terlalu hampir waktu tidur.

Iklan

Sakit perut, pedih hulu hati ketika berpuasa. Elak makanan pedas termasuk kopi

AMALKAN

1. Berbuka awal(tak usah tangguh).
2. Sahur lewat (bukan sebelum tidur).
3. Makan porsi kecil dan berulang.
4. Sahur dengan makanan tinggi serat.
5. Tidur yang mencukupi.
6. Minum air kosong secukupnya.
7. Bertenang (kurangkan stress)

Baca juga Pesakit kencing manis, hipertensi takut dengan risiko berpuasa? Jangan risau, ini panduan kesihatan yang boleh dicuba

Pun begitu, segera berjumpa doktor sekiranya keadaan tidak beransur pulih dan mengalami:

1. Sakit perut yang sangat kuat. Doktor akan beri ubat kurangkan rembesan asid dan ubat sokongan yang lain.

2. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan di perut.

3. Najis berwarna hitam legam. Juga tanda pendarahan di perut.

4. Perlukan MC? Namun, doktor akan hanya beri jika korang benar-benar layak.

Semoga bermanfaat!

Iklan
Iklan