PERNAH tak korang sedang duduk rileks tiba-tiba kaki diserang simpul biawak? Sakitnya susah untuk diungkapkan, macam nak tergulung bahagian kaki.

Simpul biawak atau dikenali tarik mengkarung dan sesetengah orang menyebutnya nyetok karung merupakan kekejangan otot betis.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Lazimnya ia berlaku sewaktu bersukan atau tidur waktu malam.

Apa punca simpul biawak?

1. Dehidrasi: kurang minum air, atau kehilangan air yang banyak melalui perpeluhan atau kencing.

2. Kurang garam mineral: kekurangan sodium, potassium, kalsium dan sebagainya.

3. Kepenatan atau kecederaan: senaman atau aktiviti fizikal mengejut atau berlebihan.

4. Posisi tidur: tidur dengan kaki tertindih atau terlibat sehingga jejaskan peredaran darah.

5. Pengambilan ubat: statin (ubat kolesterol), hydroclorothiazide (ubat darah tinggi) dan lain-lain.

bersenam

Siapa mudah terkena simpul biawak?

  • Pesakit diabetes: kerana berlaku kerosakan saraf dan salur darah pada kaki.
  • Penghidap hipotiroid: kekurangan hormon tiroid ganggu fungsi otot.
  • Wanita hamil: lazimnya kerap berlaku pada trimester ke-3
  • Warga emas: penuaan menjejaskan fisiologi dan pemulihan tubuh.
  • Pesakit buah pinggang: kawalan keseimbangan garam mineral terjejas.

Jika terkena, apa nak buat?

1. Mengurut otot betis: menekan dengan kuat pada perut otot betis.

2. Meregang otot betis: duduk melunjur, dan tarik jari-jari kaki, ke arah badan.

Iklan

3. Tuam otot dengan ais: balut ais dalam tuala kecil, dan tekap pada otot betis.

Baca juga Bukan faktor keturunan atau genetik jadi punca anak terbantut. Ini sebab-sebab lainnya

4. Ambil ubat tahan sakit: boleh makan Paracetamol (panadol).

5. Ambil ORS (oral rehydration salt): juga dipanggil air garam, yang diberi ketika cirit-birit.

Iklan

Jika terlalu kerap mengalami kejang otot, berjumpalah doktor.

Khuatir ada masalah kencing manis, hipotiroid, buah pinggang, dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kesihatan dan Perubatan