Saringan mamogram dapat kurangkan 25 hingga 35 peratus risiko kematian akibat kanser. Wanita wajib ambil tahu

A
A
A

KANSER payudara ialah antara kanser paling ditakuti oleh setiap wanita.

Penyaringan awal membantu pengesanan penyakit itu lebih cepat dan sekiranya seseorang disahkan menghidap kanser, rawatan boleh diberikan sebelum ia memburuk.

Tahukah anda apakah kaedah pengesahan kanser payudara?

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Menurut Mayo Clinic, pengimejan adalah sebahagian daripada pemeriksaan bagi barah payudara dan mamografi adalah kaedah yang digunakan fasiliti kesihatan untuk mengesan kanser payudara.

Mengikut definisi yang dikongsikan laman web tersebut, mamogram adalah imej x-ray pada payudara.

“Menjalani pemeriksaan mamogram dapat membantu mengesan jika wujud sebarang risiko kanser.

“Ia juga boleh digunakan sekiranya seseorang itu mempunyai benjolan atau tanda-tanda penyakit payudara yang lain,” katanya.

SUMBER Thirdman daripada PEXELS.

Tambah laman web tersebut, mamogram tradisional akan menghasilkan imej dua dimensi (2D) payudara.

Pun begitu, seiring perkembangan teknologi, mamogram tiga dimensi (3D) iaitu tomosintesis payudara dapat mencipta imej tiga dimensi payudara.

Banyak kemudahan perubatan hari ini menawarkan mamogram 3D bagi pemeriksaan barah payudara.

Justeru, pada usia berapakah seseorang wanita sesuai untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tersebut?

Baca juga:Penting buat saringan kanser payudara, tetapi masih ramai tak ambil peduli

Baca juga:Kadar kelangsungan penghidap kanser payudara rendah di Malaysia. Buat saringan awal kurangkan kes kematian

American Cancer Society mengesyorkan golongan wanita berisiko tinggi terutama mereka yang mempunyai sejarah kanser payudara mula menjalani mamografi atau berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Seorang wanita dianggap mempunyai risiko sederhana sekiranya mereka tidak pernah mempunyai kanser atau tiada sejarah keluarga yang menghidap kanser sebelum berusia 30 tahun.

SUMBER Thirdman daripada PEXELS.

Berikut disenaraikan garis panduan pemeriksaan mamogram mengikut peringat usia bagi mereka yang berisiko tinggi:

1. Umur 40 hingga 44 tahun: Mempunyai pilihan untuk memulakan pemeriksaan barah payudara tahunan melalui kaedah mamogram.

2. Umur 45 hingga 54 tahun: Harus menjalani pemeriksaan mamogram setiap tahun.

3. Umur 55 tahun ke atas: Boleh menjalani pemeriksaan mamografi sekali setahun atau 2 tahun sekali.

Pemeriksaan perlu diteruskan dengan syarat kesihatan keseluruhan seseorang individu itu baik dan dijangka akan dapat hidup untuk sekurang-kurangnya 10 tahun lagi.

4. Semua wanita: Perlu memahami kaedah mamogram untuk saringan kanser payudara dan perkara yang boleh serta tidak boleh dilakukan semasa ujian itu.

Kebiasaannya doktor tidak menyarankan pemeriksaan tersebut untuk wanita yang mempunyai risiko sederhana, demikian menurut laman web tersebut.

MENGURANGKAN RISIKO KEMATIAN

Baik, apakah manfaat saringan mamogram dijalankan?

Menurut laman Hello Doktor, penyaringan kesihatan awal melalui kaedah memogram dapat membantu mengesan barah payudara lebih cepat, sekali gus memberikan hasil akhir yang lebih baik.

Prosedur itu sekali gus dapat mengurangkan keperluan rawatan invasif seperti pembedahan.

SUMBER MART Production daripada PEXELS.

“Menjalani mamografi juga dapat mengurangkan 25 hingga 35 peratus risiko kematian akibat barah,” jelasnya.

Oleh sebab kaedah x-ray digunakan untuk menghasilkan gambar payudara, mereka yang menjalani prosedur berkenaan akan terdedah dengan sedikit radiasi.

Bagaimanapun, kesannya amat rendah bahkan manfaatnya adalah melebihi risiko pendedahan radiasi.

Dalam pada itu, laman web Healthline berkata, imej daripada mamogram boleh membantu mengenal pasti keadaan payudara.

Ujian tersebut boleh menemui sista yang mungkin muncul dan hilang secara normal semasa kitaran haid sesetengah orang.

SUMBER JESHOOTS.com daripada PEXELS.

Ia juga boleh mengesan sebarang ketulan kanser atau bukan kanser melalui sistem diagnostik kebangsaan dipanggil Breast Imaging Reporting and Database System.

“Doktor akan mengenal pasti hasil ujian dan langkah seterusnya yang perlu diambil,” jelasnya.

Banyak fasiliti kesihatan di negara kita menawarkan perkhidmatan pemeriksaan payudara ini.

Nasihat SinarPlus, jangan takut. Mamografi adalah prosedur yang cepat dan selamat.

Ketidakselesaan semasa proses tersebut adalah minimum.

Untuk meredakan kerisauan semasa menunggu keputusan, anda boleh pergi ke pusat atau fasiliti kesihatan yang dapat memberikan keputusan pada hari yang sama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca