Sayang sangat dengan bantal busuk sampai tak cuci bertahun-tahun, ini impak buruk yang boleh terjadi

A
A
A

Sayang sangat dengan bantal busuk sampai tak cuci bertahun-tahun, ini impak buruk yang boleh terjadi

SEKADAR bertanya, ada tak dalam kalangan pembaca SinarPlus masih menyimpan dan memeluk bantal busuk walau sudah dewasa? Mesti ramai tu!

Budak-budak jangan cakaplah kan...

Biasanya, mak-mak akan beri bantal seperti itu supaya anak-anak cepat tidur lena.

Sudah menjadi resam, apabila sudah besar, mereka tak boleh berenggang dengannya.

Kalau tak ada, tak boleh tidur malam.

SUMBER Ksenia Chernaya daripada PEXELS.

Rakan admin pernah sembang, beliau terpaksa berpatah balik ke rumah walaupun sudah separuh perjalanan pulang ke kampung gara-gara tertinggal bantal busuk anaknya.

Namun, tahukah anda bantal sebenarnya mempunyai tarikh luput?

Kebanyakan pakar mencadangkan bantal perlu ditukar setiap satu hingga dua tahun, demikian menurut laman web Sleep Fondation.

Baca juga: 500 juta sisa sel kulit tertinggal pada bantal. Kepada yang ada ‘bantal busuk’, tindakan segera perlu dilakukan

Dengan berbuat demikian, ia dapat memastikan anda menggunakan bantal yang memberi sokongan baik pada kepala, bersih dan bebas alergen.

“Jika anda bangun dengan ketidakselesaan pada leher atau tidak dapat mencari posisi tidur yang 'menyamankan', ia mungkin disebabkan oleh bantal yang digunakan sudah tidak lagi memberikan sokongan diperlukan,” kata sumber itu.

Justeru, bagi mendapatkan tidur yang berkualiti, pastinya pemilihan bantal amat dititik beratkan.

SUMBER Malidate Van daripada PEXELS.

Sama seperti tilam, kita harus menggantikan bantal apabila ia sudah mula kendur atau menjadi berketul-ketul.

Alahan

Mesti ada yang bertanya mengapa kita perlu menukar bantal?

Ya, bab itu mungkin menyusahkan, namun bantal yang sudah luput sebenarnya boleh menjadi sarang kuman.

“Bantal lama boleh menjadi tempat pengumpulan alergen seperti hama, habuk, kulat, kulapuk dan bulu haiwan peliharaan.

“Untuk sesetengah orang, tidur dalam keadaan tersebut boleh menyebabkan hidung berair atau tersumbat, gatal kulit dan rengsa pada mata,” ujar Sleep Fondation.

Bukan itu sahaja, minyak pada muka, rambut, peluh, air liur dan kotoran lain juga boleh meresap masuk ke dalam bantal, sekali gus mengakibatkan liang pori tersumbat, jerawat serta menjadi ruam.

SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.

Baca juga: Sakit leher, bukan sebab ‘salah bantal’ sahaja, anda mungkin hidapi penyakit cervical spondylosis

Baca juga: Anak tak boleh berenggang dengan bantal busuk? Pakar ini saran 5 cara berkesan untuk selesaikan masalah 

Dalam penulisan sama, Sleep Foundation menggariskan cara penjagaan dan penggantian bantal mengikut jenis yang digunakan. Antaranya:

1) Memory form

- Bantal jenis busa tidak boleh dicuci menggunakan mesin basuh dan pengering.

- Anda hanya perlu basuh di bahagian yang perlu menggunakan cucian tangan dan detergen lembut sebelum dibiarkan kering.

- Perlu diganti setiap dua hingga tiga tahun.

2) Polyform

- Sama seperti bantal memory form, bantal ini hanya perlu dicuci pada bahagian perlu sahaja menggunakan pencuci lembut dan dibiarkan kering.

- Perlu diganti setiap dua hingga tiga tahun

SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

3) Bantal bulu

- Bantal bulu boleh dibersihkan menggunakan mesin basuh tetapi ada yang perlu dicuci kering (dry-clean).

- Guna kitaran lembut, air suam dan detergen lembut.

- Boleh dibiarkan kering di udara atau menggunakan pengering pada ketetapan rendah selama kira-kira 20 minit.

- Perlu diganti sekiranya tidak kembali ke bentuk asal selepas dilipat dua.

4) Poliester atau bulu sintetik

- Bantal poliester atau bulu sintetik boleh dicuci menggunakan mesin basuh.

- Guna kitaran lembut, air suam dan detergen lembut.

- Basuh setiap tiga hingga enam bulan.

- Bantal poliester perlu diganti setiap enam bulan hingga dua tahun sekali, manakala bantal bulu tiruan boleh bertahan kira-kira satu hingga dua tahun.

SUMBER Liliana Drew daripada PEXELS.

5) Lateks

- Elakkan membasuh bantal getah di dalam mesin basuh.

- Bersihkan bahagian perlu sahaja menggunakan cucian tangan setiap dua hingga tiga bulan.

- Jangan tenggelamkan bantal ke dalam air atau diperah. Sebaliknya biarkan sahaja ia kering di udara.

- Anda perlu menggantikan bantal getah setiap dua hingga empat tahun.

6) Gandum kuda (buckwheat)

- Kelembapan boleh merosakkan bantal jenis gandum kuda. Cara terbaik menjaga bantal tersebut adalah dengan menggunakan sarung yang boleh ditanggalkan.

- Kebanyakan bantal jenis itu mempunyai zip dan boleh dibuka untuk mengeringkan sekam di dalamnya.

- Ganti sekam dalam bantal apabila ia mula merata atau sekali dalam tiga tahun.

7) Sarung bantal

- Cuci sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Material yang berbeza mempunyai cara penjagaan yang berlainan, jadi semak dahulu label pada sarung bantal anda.

-Ganti sarung bantal setiap satu ke dua tahun.

Pemilihan bantal

Satu cara untuk mendapatkan tidur yang lebih lena adalah dengan mengoptimumkan persekitaran bilik tidur dan peralatan tempat tidur.

SUMBER Ketut Subiyanto daripada PEXELS.

Justeru, apakah pula aspek yang perlu diambil perhatian semasa membuat pemilihan bantal?

SinarPlus merujuk laman web antarabangsa leesa.com yang berkongsi garis panduan pemilihan bantal.

Terdapat enam kriteria iaitu:

1. Kandungan dalam bantal

- Bantal boleh didapati dalam pelbagai jenis. Antaranya memory foam, bulu, sintetik, poliester, getah dan kapas.

2. Berat bantal

- Bantal jenis memory foam atau lateks adalah lebih berat, manakala bantal bulu atau sintetik lebih ringan.

3. Fabrik

- Walaupun bantal dilindungi dengan sarung, pastikan material yang digunakan jenis ‘breathable’ dan tahan lama.

SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

4. Saiz

- Bantal biasanya didatangkan dengan dua saiz iaitu standard dan king.

- Bagi kebanyakan orang, bantal standard sudah cukup besar. Namun jika anda suka yang lebih besar, boleh pilih bantal king.

5. Kualiti

- Bantal yang dihasilkan secara berkualiti dan tahan lebih lama dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lena.

6. Sains di sebalik penciptaan

-Bantal menggunakan bahan premium adalah lebih selesa dan menyejukkan.

Kalau mengikut perkiraan, kita akan menghabiskan kira-kira 49 hingga 60 jam dalam seminggu untuk tidur.

Bayangkan kalau bantal busuk anda tak dibasuh selama bertahun-tahun lamanya? Pergh... Memang kuman dan bakteria berleluasa dengan jayanya.

Satu lagi, jangan sayang atau kedekut ya nak tukar bantal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca