Sedapnya mi goreng mamak! Menu simple boleh buat berbuka, sahur
BIASANYA jika ingin makan benda yang menggantikan nasi, mi goreng adalah pilihan menu yang tepat.
Dapat pula mi goreng yang lembab-lembab dan tak banyak rencah kan? Fuh tergugat selera!
Jangan lupa follow kami di Instagram.
Bila sebut sahaja mi, sedap juga kalau dapat mi goreng mamak macam kat kedai tu kan.
Sempena bulan Ramadan ini, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Boleh buat juadah berbuka mahupun untuk bersahur.
Ini resipi mi goreng mamak yang sangat mudah dan ringkas tetapi mempunyai rasa yang sangat sedap.
Bahan-bahannya;
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1 biji bawang merah dihiris
- Udang kering ditumbuk
- Cili kering dikisar
- Sedikit rempah kari
- Isi ayam
- Bebola ikan jika mahu
- Kicap pekat, kicap manis
- Sos cili
- Air asam jawa
- Petis udang jika ada
- Mi
- Sawi
- Telur
Cuba juga Sedapnya Nasi Arab buat berbuka, cuba buat sendiri pasti lagi berbaloi
Cara-caranya;
1. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan udang kering yang ditumbuk kasar. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan pes cili kering dan sedikit rempah kari. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan air ikut kelembapan yang dimahukan. Masukkan isi ayam dan bebola ikan. Kacau rata.
4. Masukkan kicap pekat, kicap manis. sos cili (renjis kicap pekat tu agak-agak nak warna gelap).
5. Masuk air asam jawa setengah cawan (kalau ada petis udang boleh masukkan dalam 1/2 sudu besar, bagi rasa lebih sedap). Masuk gula, garam dan kacau rata (gula letak lebih sikit).
6. Masukkan bahan seafood macam sotong atau udang jika mahu. Kacau rata.
Cuba juga Menggiurkan kuih seri muka sebagai pemanis mulut ketika berbuka
7. Masukkan mi, sawi dan pecah kan telur dalam 3 biji untuk sepeket mei. Besarkan lagi api (api kena kuat supaya telur dapat rata dengan mi).
8. Kacau rata mi, sawi dan telur . Siap dihidangkan makan panas-panas serta perah limau nipis.
Selamat mencuba!
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang