SEKALI pandang, memang terus jatuh cinta! Demikian jaminan yang SinarPlus boleh berikan sebaik kaki melangkah ke Pulang Resort yang terletak di Kampung Penarik, Permaisuri, Terengganu.

Diusahakan oleh Jen Azman dan suaminya, Azman Shah Omar Shah pantas menarik perhatian umum.

Apa yang boleh dirumuskan, berada di sana umpama sedang menyaksikan keagungan hebat ciptaan Yang Maha Esa.

Masakan tidak, pengunjung bukan sahaja dapat menghayati keindahan matahari terbenam di tengah laut, malah sang suria yang terbit dari kawasan sungai berhampiran boleh disaksikan dengan jelas.

pulang resort

Ujar Jen, orang ramai yang menginap di Pulang Resort turut berkesempatan melihat pemandangan Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Gunung Bintang.

Memilih konsep rumah kampung tradisional Terengganu, ahli perniagaan itu berkata, beliau dan suami bersyukur apabila lokasi premisnya dikelilingi dengan khazanah alam yang sangat indah, sekali gus menjadi daya penarik utama.

pulang resort

“Sebenarnya sudah lama kami impikan tempat sebegini sebab sukakan suasana perkampungan nelayan. Jika dulu kalau mahu bercuti pun, kami akan pilih rumah tradisional di kawasan pantai.

“Sebab itu, bila dapat peluang memiliki tanah seluas 0.48 hektar, kami gembira sangat. Lebih dua tahun mencari tanah impian, akhirnya dapat juga,” katanya.

 

Jen menambah, kesemua 16 buah kamar di premisnya dibina menggunakan kepakaran orang kampung yang tidak dapat turun ke laut ketika musim tengkujuh.

“Semua desain unit yang kami tawarkan adalah 100 peratus hasil kerja seni penduduk jati kawasan ini dengan keunikan sentuhan eleman rumah kayu tradisi Terengganu. Saya memang berbangga bercerita tentang ini,” katanya.

pulang resort

Menyambung perbualan, wanita tersebut berkata, perkataan ‘pulang’ yang menjadi pilihan nama resortnya mempunyai cerita tersendiri.

Baca juga Bercuti tepi pantai dengan bajet RM100, ini 5 destinasi chalet dan inap desa murah & santai hujung minggu

Rupa-rupanya, ia sempena nama sebuah filem Melayu, Pulang lakonan Remy Ishak yang mana resort itu menjadi tempat penggambaran naskhah berkenaan.

pulang resort

“Bila orang tanya mengenai nama destinasi ini, saya akan tunjukkan kawasan jeti yang menjadi salah satu babak dalam filem Pulang. Maka, ramailah yang mengambil foto di sini.

Iklan

“Kawasan pantai di sini pun memang cantik dan lebih privasi. Nak menelusuri sungai pun mudah juga sebab dekat dengan jeti,” ujarnya yang turut menawarkan pakej island hopping di pulau berhampiran.

pulang resort

pulang resort

Justeru, kepada yang bercadang untuk bercuti ke Pulang Penarik Resort, Jen mengesyorkan supaya memilih hari biasa memandangkan kebanyakan calet sudah penuh pada hujung minggu.

Baca juga Kafe hipster dalam kampung, Dapo Putih bertali arus terima tetamu. Dekat dengan pantai Sungai Nibong pula tu…

“Saya sendiri tak sangka sambutan luar jangkaan sedangkan kami belum buka secara rasmi sebelum ini. Alhamdulillah, projek pembinaan resort terutamanya bahagian landskap sudah siap sepenuhnya.

Iklan

pulang resort

“Sekarang ini, kami menyediakan ruang dewan untuk majlis keramaian atau mesyuarat selain kolam renang,” katanya.

Pulang Penarik Resort

  • Alamat: Jalan Penarik-Mangkuk, Kampung Penarik, Permaisuri, Terengganu
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Harga: Bermula RM250 hingga RM600
  • Facebook: Pulang Penarik Resort

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang