Selesa, mudah gosok dan bentuk, inspirasi hijab daripada juadah Syawal tampilkan kelainan buat DOA AZ

KONSEP hijab bukan satu bebanan khususnya kepada wanita beragama Islam dalam menutup aurat, sebaliknya ia mengandungi seribu satu manfaat kepada umat dalam menuruti perintah-Nya.

Menjelang musim perayaan ini, berpusu-pusu pengusaha menampilkan pelbagai corak tudung dengan rekaan tersendiri bagi menarik minat para pembeli, khususnya kaum wanita.

Fokus pemilihan desain yang terkini dan mengikut cita rasa pengguna. Pada masa sama, turut diutamakan adalah kualiti premium pada harga mampu dibeli.

DOA AZ

SinarPlus baru-baru ini dijemput ke majis pelancaran koleksi Gempak Raya DOA AZ by AZ Pemurah. Cukup eksklusif dan lain daripada lain.

Manakan tidaknya, setiap satu helaian dipersembahkan oleh para peragawan yang didatangkan khas dengan menaiki kereta mewah.

Melangkah masuk ke dewan, mata tetamu dijamu dengan rekaan tudung bawal cotton yang cukup menarik dengan paduan warna segar dan terkini untuk digayakan pada syawal nanti.

Sebanyak 20 koleksi pertama DOA AZ daripada 181 rekaan dihasilkan kali ini dan ia dikeluarkan secara berperingkat.

DOA AZ

Menambahkan kelainan pada label berkenaan, setiap rekaan diadaptasi dengan nama menu-menu tradisi yang kebiasaanya dihidang pada pagi Syawal. Antaranya Ketupat, bihun sup, lontong, mi kari dendeng, laksa, sate, rendang, nasi impit, pulut kuning dan banyak lagi.

Bagi mereka yang mengenali AZ Pemurah pasti tahu, pasangan suami isteri itu gemar membantu golongan yang memerlukan. Malah, mereka sering turun ke jalanan membantu golongan gelandangan.

Sejajar dengan aspirasi ini, AZ Pemurah mengambil pendekatan serius untuk memperluaskan empayar perniagaannya dengan penghasilan hijab di bawah jenama DOA AZ.

Mengimbangi idealogi serta pemintaan fesyen masa kini, minat yang mendalam antara pendorong utama pemilik dan juga pengasas jenama berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Puan AZ dalam penghasilan setiap rekaan tudung.

Baca ni ‘Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan…’. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

doa az

Ditanya mengenai persaingan yang bakal beliau tempuhi memandangkan hijab antara produk yang menjadi pengusaha baik orang biasa mahupun selebriti, ini jawapan empunya diri:”Minat dalam bidang feyen antara yang mendorong saya untuk menghasilkan produk berkenaan.

“Walaupun sedar, persaingan dalam bidang ini cukup sengit. Namun saya percaya, rezeki setiap orang berbeza-beza.

“Demikian juga dengan bab kreativiti dan juga penggayaan. Selepas mendapat persetujuan suami, maka terhasillah rangkaian tudung DOA AZ,” ujar AZ yang meletakkan sasaran jualan sehingga 150,000 helai tudung dalam tempoh dua bulan dikeluarkan.

Selesa, mudah gosok dan bentuk

Iklan

Justeru, beliau optimis tudung berkenaan akan meraih sambutan menggalakkan. Sementelah, nawaitu penghasilan produk tersebut adalah untuk bersedekah.

Sehubungan itu, 30 peratus hasil keuntungan label DOA AZ itu bakal disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Baca lagi Gabung fesyen moden dan elemen Jawa bukti kecintaan Aisha Retno pada warisan sendiri

doa az

Sementara itu, Pengarah Pemasaran DOA AZ by AZ Pemurah, Nur Asyiqah Hussein berkata, tatkala menggarap satu persatu hijab itu, jenama itu meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung.

“AZ Pemurah mengilhamkan rekaan hijab terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya cukup menawan.

“Bukan itu sahaja, setiap satu koleksi yang dihasilkan menggunakan materia premium cotton voile yang eksklusif, sekali gus menawarkan kemasan laser cut yang berbeza bagi setiap edisi. Pun begitu, harga yang ditawarkan cukup berpatutan iaitu RM29.00 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM31 untuk Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Iklan

Baca juga Koleksi Lebaran ‘1001 Tales Of Ariani’ serlahkan inovasi dan kreativiti, Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina kekal duta

Tudung bawal segi empat tepat (square) yang berukuran 115cmx115cm dengan corak yang menarik dan trendy itu cukup selesa dipakai selain mudah digosok dan dibentuk mengikut cita rasa si pemakai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!