RABUN silau pada mata merupakan satu kondisi yang biasa berlaku kepada mereka yang rabun jauh atau dekat, tidak mengira peringkat umur. Ia terjadi disebabkan kelengkungan kornea atau kanta mata yang tidak sekata. 

Dengan penerangan mudah, situasi tersebut merujuk kepada jumlah cahaya yang masuk ke mata lebih besar daripada kemampuan mata untuk mengolahnya.

Natijahnya, seseorang sukar untuk melihat objek yang bercahaya terang terutama pada waktu malam.

SUMBER Irina Varanovich daripada PEXELS.

Menurut MyHealth, hampir semua orang mengalami rabun silau. Pun demikian, tahap keterukan yang dialami berbeza-beza. 

Untuk mengupas topik berkenaan dengan lebih terperinci, SinarPlus merujuk beberapa penulisan sahih termasuk mewawancara Pakar Perunding Oftalmologi Umum dan Kanak-Kanak, Pusat Perubatan MSU, Shah Alam, Selangor, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah.

Jelas Dr Azlindarita, semakin usia meningkat, risiko individu untuk menghidap rabun silau akan tinggi lantaran kerdipan mata memicu kepada pembentukan kornea.

 Biasanya, mata berkedip dengan begitu banyak seiring dengan peningkatan umur dan ketika itulah kornea akan mulai berbentuk seakan-akan bola ragbi dan telur. Di samping itu, astigmatisme iaitu sejenis gangguan penglihatan yang ditandai dengan penglihatan yang kabur dari jarak jauh mahupun jarak dekat boleh menyumbang,  katanya.

SUMBER Irina Varanovich daripada PEXELS.

Dalam pada itu, menurut Healthline, masalah katarak turut mempengaruhi kerana situasi tersebut akan membuatkan lensa seseorang menjadi  keruh . 

 Beberapa prosedur mata seperti radial keratotomy dan laser seperti lasik boleh menjadi penyebab, selain masalah rabun jauh dan dekat termasuk presbyopia (kesukaran melihat dekat kerana penuaan),  kata Healthline.

 

Simptom serius

Kongsi Healthline lagi, seandainya seseorang sudah mula melihat lingkaran cahaya di sekeliling lampu, sudah tiba masanya mereka menyusun jadual untuk bertemu dengan pakar mata.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa gejala lain yang perlu diberi perhatian. Antaranya seperti berikut:

  1. Berlaku sebarang perubahan mendadak pada penglihatan.
  2. Melihat bintik-bintik dan objek terapung.
  3. Mata kabur, kering, merah atau sakit.
  4. Penglihatan berganda atau menjadi gelap.
  5. Berlaku titik buta secara tiba-tiba di sebelah mata.
  6. Penglihatan menjadi mengecil secara tiba-tiba.
  7. Daya penglihatan malam yang lemah.

Baca juga: ‘Ustazah datang ni.’ Umur 9 tahun hilang nikmat penglihatan, mata tersembul, Sofia hidap kanser saraf runtun hati Ustazah Asma’

mata
SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Pun demikian, merujuk penulisan EyeTx Vision Center, Amerika Syarikat, terdapat simptom yang menunjukkan silau seseorang sudah serius.

Ia merujuk kepada kondisi lingkaran cahaya muncul secara tiba-tiba atau jika seseorang melihat lingkaran cahaya berwarna pelangi. 

Bagaimana untuk mengurangkan rabun silau dan rawatan yang boleh dilaksanakan? Untuk menjawab pertanyaan itu, SinarPlus merujuk artikel yang disiarkan oleh WebMD. Berikut antara inti pati yang dikongsi:  

Menggunakan cermin mata hitam: Ia boleh membantu seseorang terutama pada waktu siang hari, selain selamat daripada ‘terkena’ silau tertentu seperti pantulan daripada air.

  1. Visor kenderaan: Gunakan alatan ini untuk mengelak cahaya matahari langsung ke mata.
  2. Kanta: Dapatkan nasihat doktor tentang jenis kanta khas yang boleh membantu mengurangkan silau.
SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Bagi rawatan pula, terdapat beberapa syor yang diketengahkan iaitu:

  1. Perbetulkan penglihatan: Jika anda rabun dekat atau rabun jauh, mata tidak memfokuskan cahaya pada retina seperti yang sepatutnya. Justeru, cermin mata atau kanta sentuh boleh membantu.
  2. Maklum pada pakar jika silau sangat mengganggu kehidupan: Pemberitahuan itu akan membantu doktor membuat pembetulan sama ada dari segi cermin mata yang digunakan atau lain-lain aspek.
  3. Menghilangkan katarak: Memakai cermin mata hitam untuk mengurangkan silau.

Berbalik kepada wawancara bersama Dr Azlindarita, beliau berkata, kelazimannya golongan kanak-kanak yang berdepan dengan rabun silau mempunyai perkaitan dengan sejarah ahli keluarga.

Iklan

 Sekiranya mak ayah ada masalah itu, kebarangkalian untuk anak mereka ada masalah sama adalah tinggi. Pun begitu, ia juga boleh berlaku jika ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit mata lain seperti keratoconus,  katanya.

SUMBER Ksenia Chernaya daripada PEXELS.

Keratoconus adalah merujuk penyakit mata progresif yang ditandai dengan benjolan pada kornea sehingga bentuknya (kornea) terlihat seperti kerucut (berbentuk kelongsong) dan bukannya bulat. 

Pun demikian, sekiranya kanak-kanak menderita penyakit lain seperti ekzema, alahan konjunktivitis (radang mata), mereka juga berisiko untuk berhadapan rabun silau. 

Masih terdapat ruang untuk si cilik mengurangkan kadar silau berbanding orang dewasa, kata Dr Azlindarita.

Baca juga:Menangis pun banyak manfaatnya! Jika berkurangan, mata akan kering, berpotensi dapat masalah kesihatan lain 

Baca juga: Pembedahan bariatrik bukan untuk kurus semata-mata. Ini pengakuan 3 artis terkenal

SUMBER Antoni Shkraba daripada PEXELS.

 Saya pernah merawat seorang kanak-kanak dengan tahap rabun silau yang tinggi (-200), namun ia dapat dikurangkan kepada -75 dengan cara merawat alahannya terlebih dahulu. Saya berinya ubat titis mata dan rabun silaunya semakin mengurang,  katanya. 

Iklan

Bagi orang dewasa pula, pendekatan memakai cermin mata, kanta lekap dan akhir sekali pembedahan akan disarankan oleh doktor pakar.

 Kelazimannya, pembedahan dilakukan ke atas warga emas yang menghidap masalah katarak dan tahap astigmatisme tinggi hingga mencecah -400. 

“Jadi saya akan lakukan prosedur pembedahan katarak dan masukkan kanta untuk pulihkan rabun itu,  jelasnya mengakhiri perbualan baru-baru ini.-SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang