Senang nak urus rambut, mudah nak bawa. Tak hairanlah pengering rambut nanoe EH-NA98 terjual 20 juta unit

A
A
A

PENGERING rambut, nanoe EH-NA98 keluaran Panasonic lebih ceria dan bergaya dengan pengenalan rona terkini, biru (navy premium).

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, pengenalan wajah baharu tersebut turut seiring dengan prestasi jenama itu yang sudah bertahan lebih 80 tahun.

“Kami turut berbangga apabila nanoe EH-NA98 yang menyepadukan teknologi yang sudah dipatenkan Panasonic ini telah diiktiraf sebagai peranti penjagaan rambut dan kulit kepala yang menawan.

“Hasilnya, kami telah mencapai jumlah jualan terkumpul iaitu mencecah 20 juta unit di seluruh dunia pada tahun lalu,” kata Panasonic yang sebelum ini melancarkan varian sama untuk warna merah dan hitam.

 

nanoe EH-NA98

Berikut perincian menarik nanoe EH-NA98:

  • Teknologi nanoe super halus menjadikan rambut lebih berkilat dan mengawal masalah (rambut) kusut.
  • Gabungan nanoe dan ciri Double Mineral mengurangkan kerosakan akibat sinaran ultraungu.

Baca juga Elak guna mesin pengering tangan, eksperimen lelaki ini temui banyak bakteria, kulat, lebih baik kibaskan

nanoe EH-NA98

  • Mempunyai 4 kawalan mod iaitu penjagaan kulit, kepala, alternatif panas atau sejuk dan kawalan suhu.
  • Tiga pilihan kelajuan angin dan ciri 'kering panas' memelihara kulit rambut yang terdedah.

Baca juga Ceriakan mood Ramadan dengan perkakas Panasonic baharu, harga lebih menjimatkan dan mampu milik

nanoe EH-NA98

  • Mesra pengguna kerana mudah dibersihkan dan dilengkapi pemegang boleh lipat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.panasonic.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca