SELALUNYA selepas menggunakan tandas pasti kita akan membasuh tangan bukan? Perbuatan ini menjadi suatu kebiasaan sebagai langkah menjaga kebersihan. Seperti yang kita semua ketahui bahawa tandas merupakan tempat pembiakan pelbagai jenis kuman.

Kebiasaannya selepas mencuci tangan, kita akan menggunakan mesin pengering yang disediakan di dalam tandas awam.

Baca juga: Bantal juga perlu dicuci sekurangnya setahun sekali

Sebenarnya adakah anda yakin ketika menggunakan mesin tersebut anda bebas daripada kuman? Adakah udara panas daripada pengering tangan itu benar-benar bersih dan sihat?

Baru-baru ini tular satu video menerusi akaun TikTok, Phone Soap tentang penggunaan mesin pengering tangan di dalam tandas awam. Eksperimen yang dilakukan oleh pemilik akaun TikTok itu yang merupakan seorang lelaki berjaya menemukan bakteria dan kulat hasil daripada penggunaan mesin pengering tangan di dalam tandas awam.

RINGKASAN EKSPERIMEN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH LELAKI INI:

1. Eksperimen dilakukan terhadap dua jenis mesin pengering tangan secara rawak.

2. Melalui hasil eksperimen yang dilakukan mendapati, mesin pengering tangan pertama lebih banyak menghasilkan kuman dan bakteria pada jeli kultur berbanding mesin kedua.

3. Oleh kerana hasil eksperimen pertama menemukan banyak kuman dan bakteria pada jeli kultur, lelaki ini sekali lagi membuat eksperimen tersebut dengan menguji tahap kebersihan mesin pengering tangan di beberapa lokasi berbeza.

Baca juga: Simpan lesung batu ditempat betul, elak berkulat. Ini 3 bahan wajib untuk cuci alatan itu

4. Untuk piring petri yang pertama, mesin pengering tangan tidak digunakan pada jeli kultur. Apa yang dilakukan ialah mengibas-ngibaskan piring petri tersebut seperti seseorang individu mengibaskan tangan mereka selepas mencuci tangan.

5. Seterusnyanya untuk piring petri kedua hingga kelima, semuanya dilalukan pada mesin pengering tangan di lokasi berbeza seperti lokasi asal eksperimen, stesen minyak, panggung wayang dan pasar raya.

6. Semua piring petri yang mengandungi jeli kultur akan diletakkan dalam mesin inkubator selama tiga hari.

7. Selepas tiga hari berlalu, jelas kelihatan perubahan pada jeli kultur menerusi mata kasar. Piring petri yang pertama menunjukkan keputusan yang mengejutkan apabila tiada kehadiran bakteria yang ketara pada jeli kultur.

Baca juga: Membasmi kuman berbahaya: Nak pasti cara paling mudah, efektif? Baca perkongsian dua pakar ini

Iklan

8. Piring petri kedua pula menunjukkan keputusan yang serupa dengan sebelum ini iaitu, pertumbuhan ketara sehingga memenuhi keseluruhan jeli kultur.

9. Permukaan jeli kultur pada piring petri ketiga, keempat dan kelima adalah berbeza-beza mengikut lokasi mesin pengering tangan.

10. Jelas kelihatan permukaan jeli kultur yang dilalukan pada mesin pengering tangan di stesen minyak menghasilkan kuman yang lebih kurang sama dengan hasil piring petri kedua.

11. Mesin pengering tangan di panggung wayang menghasilkan kuman yang lebih kecil berbanding kedua-dua piring petri sebelum ini dan mesin pengering tangan di pasar raya menghasilkan kuman paling kecil iaitu hanya beberapa tompokan sahaja.

12. Walaupun hasil piring petri di pasar raya menunjukkan pertumbuhan kuman yang tidak banyak namun keputusan itu tidak dapat menandingi keputusan piring petri pertama iaitu dengan hanya mengibaskan tangan.

13. Hasil daripada eksperimen yang telah dilakukan, lelaki ini mencadangkan agar orang ramai tidak perlu menggunakan mesin pengering tangan selepas membasuh tangan di dalam tandas awam. Lebih baik hanya mengibaskan tangan sahaja.

Iklan

Baca juga: Cuci perut lembu, tak perlu kikis sampai putih, nak mudah ikut tip ini

Sumber: Phonesoap 1, 2

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi