Senangnya buat sambal telur pecah... menyelerakan!
ADA tak hari yang korang habis idea untuk masak menu apa?
Kalau mood memasak pun hilang, apa kata kalau kita cuba resipi ringkas sambal telur pecah ini.
Dengar nama macam pelik tapi awas ya, sambal ini berhantu kalau mula makan tak sah tak menambah!
Bahan yang diguna pun tak banyak, dalam 5 minit boleh siap dihidang tau!
Sekali sekala jadikan menu terdesak ni, gerenti korang tak menyesal.
Jika ada yang tak pernah cuba lagi sambal ni, boleh cuba guna resipi simple, cepat dan sedap ni.
Artikel berkaitan: Sekali pandang macam buah tiruan, Luk Chup ‘kena’ selera masyarakat tempatan
Bahan-bahan:
- 5-6 biji telur
- 10 biji bawang kecik
- Cili kering (blend) secukupnya
- Garam
- Gula
- Minyak masak
Cara-caranya:
1. Panas kan minyak. Tumis cili kering sampai naik minyak
2. Pastu masukkan bawang kecik yang di hiris.
3. Dah layu masukkan telur dan terus kacau sampai sebati.
4. Tambah garam dan gula secukupnya. SIAP!!
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Sumber : Habibah Badar Bajrai
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang