TIDAK perlu bersusah payah membersihkan kotoran atau menghilangkan debu pada lantai kediaman jika sudah memiliki robot vakum serba boleh.

Perkakas pembersihan yang dikawal dengan aplikasi mudah alih itu boleh menjalankan pelbagai kerja tak kira masa meskipun anda sedang tidur atau keluar bekerja.

Hanya dengan satu tetapan, tugasan seperti menyedut habuk, menyapu, menyental kotoran dan mengelap lantai dengan bantuan teknologi navigasi termaju boleh meringankan beban wanita.

 

Carian SinarPlus mendapati sudah banyak jenama popular yang mengeluarkan variasi model canggih untuk memenuhi kehendak pasaran tempatan.

Pun demikian, tiga peranti berikut antara gajet paling banyak dicari di platform jualan online:

robot vakum

TP-Link Tapo RV10 Plus

  • Dijual pada harga RM1,099 dengan jaminan waranti selama setahun.
  • Bersifat dwifungsi iaitu membersihkan kotoran dan mengelap lantai pada satu-satu masa.

robot vakum

  • Mampu membersihkan ruang bekas sampah secara automatik selama 70 hari.
  • Empat mod sedutan dan tiga mod mengelap dengan ciri pengenalan mudah termasuk kawalan arahan suara.

Baca juga Mahu dapatkan vakum robot yang ‘buat kerja’ bersihkan rumah, dapur tanpa dipantau? Rebut tawaran terhebat Lazada sekarang

robot vakum

Dreame L10 Prime

  • Harga jualan bermula RM2,349 dengan jaminan waranti selama setahun.
  • Mempunyai ciri pembersihan kendiri untuk mop kering dan basah.

robot vakum

Iklan
  • Kuasa sedutan 4,000Pa dan kapasiti bateri 5,200mAh
  • Lengkap dengan teknologi navigasi LiDAR dan algoritma SLAM.

robot vakum

Roborock S8 Pro Ultra

  • Inovasi terbaharu yang dijual pada harga RM5,599.
  • Menyental lantai secara automatik hingga 3,000 kali dalam tempoh seminit.
  • Ciri sedutan HyperForce 6,000Pa menanggalkan kesan kering seperti titisan kopi atau lumpur.

Baca juga Tak perlu pergi dobi cuci cadar, vakum pembersih Airbot basmi haba, bakteria hingga 99 peratus

robot vakum

Iklan
  • Sistem Pengelakan Halangan 3D Reaktif yang menggabungkan cahaya berstruktur 3D.
  • Teknologi pengimejan inframerah boleh mengecam objek di atas lantai sekali gus melancarkan pergerakan.

Ketiga-tiga produk tersebut boleh didapati di kedai rasmi e-dagang Shopee dan Lazada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang