Seronoknya bercuti dan bermalam dalam bas mewah. Luas, kemudahan macam hotel eksklusif. Ini 4 destinasi menarik

A
A
A

BERMALAM dalam bas sudah menjadi trend sejak konsep Bustel di Pantai Klebang, Melaka diperkenalkan pada tahun 2014.

Melihat sambutan yang menggalakkan, ramai pengusaha mengambil inisiatif tersendiri untuk menambah baik daya tarikan resort masing-masing.

Tidak hanya sebuah bas semata-mata, terdapat pengusaha yang sanggup berbelanja lebih ratusan ribu hanya untuk renovate dan tambah nilai bas lama menjadi kediaman mewah.

Malah, ada juga pemilik yang kreatif meletakkan satu-satunya bas sebagai penginapan eksklusif, lengkap dek atas bumbung.

Lagi seronok bila kedudukan hotel bas tersebut bersebelahan pantai. Banyak aktiviti air boleh dibuat.

Antaranya bermain jet ski, bot laju, berkayak, snorkel atau hanya mandi-manda atau bina istana pasir bersama anak-anak.

tidur dalam bas

Sebagai tambah nilai, terdapat premis yang menawarkan persembahan api dan buskers pada hujung minggu.

Bukan setakat itu jer, petting zoo, hotspot instaworthy, aktiviti kanak-kanak dan sajian signatur juga disediakan.

Pendek kata, semuanya tersedia untuk memenuhi kemahuan pengunjung.

 

Mungkin ada yang beranggapan tidur dalam bas membosankan, tetapi dengan pelbagai aktiviti sedemikian, pasti percutian tersebut lebih menyeronokkan.

Carian SinarPlus di media sosial, sudah ramai mengimplementasikan konsep sama untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Berikut empat destinasi rekreasi pilihan yang boleh kalian pertimbangkan untuk plan cuti sekolah nanti:

tidur dalam bas

tidur dalam bas

1. Hotel Bus No 2 UM

Alamat: Lorong 16/10B, Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM171

Facebook: Rumah No 2, Universiti Malaya

tidur dalam bas

tidur dalam bas

2. Busstay Kuala Selangor

Alamat: Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor, Selangor

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM180

Facebook: Kuala Selangor Cabin Camp - KSCC

Instagram: @KsccJeramKualaSelangor

Baca juga Satu-satunya di Malaysia, hotel dalam jet peribadi suntik kelainan. Ini fasiliti yang disediakan

tidur dalam bas

3. PD London Bus Retro Village

Alamat: Kampung Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM320

Facebook: PD London Bus Retro Village

Instagram: @pdlondonbus

tidur dalam bas

tidur dalam bas

4. Pangkor Bus Resort

Alamat: Jalan Pantai Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Perak

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM50 hingga RM390

Facebook: Pangkor Bus Resort by BESLA

Instagram: @pangkorbusresort

Baca juga Makan dalam ‘bas terbang’, view Gunung Kinabalu memang terbaik

Dalam banyak-banyak senarai yang ditawarkan, mana satu pilihan kalian?

tidur dalam bas

Setiap destinasi mempunyai tarikan tersendiri dan harganya pun boleh dikatakan berpatutan jika boleh sewa satu bas.

Jika anda ada pilihan destinasi lain yang menyajikan keistimewaan sama, bolehlah share di ruang komen kami nanti.

Okey! Selamat berhujung minggu.

tidur dalam bas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca