KHAS untuk ibu bapa, Shopee Mum’s Club kini boleh dijadikan platform terbaik dan panduan untuk mencari produk yang tulen untuk bayi dan kanak-kanak tanpa berbelanja secara berlebihan.

Shopee dalam satu kenyataan akhbar berkata, bermula pada 17 hingga 24 Jun ini, pelbagai tawaran untuk barang keperluan penjagaan bayi seperti peralatan penyusuan, mainan, pakaian, lampin dan produk mandian boleh didapati oleh ahli kelab.

“Shopee bekerjasama rapat dengan beberapa jenama seperti Enfagrow, Drypers, Johnson & Johnson dan Philips Avent untuk menawarkan diskaun dan baucar menarik supaya bapa dapat menikmati lebih penjimatan, terutamanya ibu bapa yang baru menyambut kelahiran bayi,” katanya.

Artikel berkaitan: ‘Bahaya sendal bantal, biar anak menyusu sendiri guna botol’

Berikut keistimewaan yang boleh diperoleh ahli Shopee Mum’s Club:

Peraduan Belanja dan Menang

Iklan
  • Bermula pada 17 Jun lalu hingga 1 Julai depan, setiap ahli berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti kereta sorong bayi Anakku, baucar Anakku bernilai RM100 dan alat permainan Fisher-Price.

Sesi Perkongsian

Iklan
  • Dalam usaha berterusan untuk mendorong rakyat Malaysia duduk di rumah demi mencegah penularan Covid-19, Shopee Mum’s Club akan mengadakan siri perkongsian atas talian yang boleh ditonton dari rumah untuk ibu bapa baharu.
  • Dengan kerjasama DoctorOnCall, Pusat Perubatan Thomson, Hospital Columbia Asia dan Early Autism Project Malaysia, sesi yang dibahagikan kepada tiga bahagian pada 24, 25 dan 26 Jun, jam 1 tengah hari di Shopee Live dengan ahli-ahli pakar yang akan berkongsi mengenai pelbagai topik tentang kesihatan ibu hamil dan anak dan juga menjaga kanak-kanak berkeperluan khas.

Untuk dapatkan lebih maklumat, layari https://shopee.com.my/m/mums-club