SYARIKAT teknologi kesihatan terkemuka China, Zepp Health memperkenalkan model jam pintar terbaharu, siri Amazfit Cheetah yang direka khas untuk memperkasakan amalan gaya hidup sihat.

Dibangunkan dengan teknologi Global Positioning System (GPS), peranti tersebut memberikan info tepat tentang lokasi larian dengan ciri kecerdasan buatan (AI).

Pengarah Produk Sukan, Zepp Health, Jin Dong berkata, pengenalan produk tersebut adalah bagi memenuhi keperluan komuniti global yang suka berlari demi menjaga kesihatan dan kecergasan diri.

“Dengan siri Amazfit Cheetah, kami berharap dapat memberi pengalaman terbaik sama ada yang sedang berlatih untuk peringkat perlumbaan elit atau sekadar riadah biasa.

Amazfit Cheetah

“Model serba baharu ini juga dicipta dengan desain lebih ringan dan berteknologi terkini untuk membantu para pengguna mencapai matlamat larian,” katanya.

 

Berikut ciri pintar yang diperkenalkan:

i) Sistem Penjejakan GPS dinaik taraf kepada antena dwijalur circularly-polarized yang memberikan ketepatan kedudukan hingga 99.5 peratus.

Amazfit CheetahBaca juga Amazfit T-Rex Pro tawarkan ciri jam pintar mewah, lengkap 100 mod sukan dan tahan lasak

ii) Ciri MaxTrack dengan sokongan enam sistem satelit untuk memastikan pengguna sentiasa dilindungi meskipun mahu berlari di mana sahaja lokasi.
iii) Teknologi gred pesawat merevolusikan kedudukan jam tangan pintar tanpa sebarang gangguan persekitaran seperti bangunan tinggi atau langit mendung.

Amazfit Cheetah
iv) Pengguna boleh memuat naik fail laluan dan menanda Peta Luar Talian untuk memudahkan aplikasi Zepp berfungsi dengan tepat.
v) Ciri Sembang AI Zepp Coach mengiktiraf bahasa pengguna sebagai input melalui suara atau perintah ditaip dan menyediakan jawapan yang mudah difahami.

Baca juga ICE Clear Sunset, jam tangan terbaharu yang elegan, dilengkapi bingkai kristal. Paling penting tahan lasak

Iklan

Amazfit Cheetah

Hadir dalam dua varian iaitu Amazfit Cheetah dan Amazfit Cheetah Pro dengan jangka hayat bateri bertahan hingga 14 hari untuk kegunaan biasa.

Secara keseluruhan, kedua-dua model tersebut memiliki lebih 100 pilihan muka jam dan 150 mod sukan. Antaranya treadmill, triathlon, larian luar dan senaman High Intensity Interval Training.

Amazfit Cheetah

Iklan

Gajet kalis air dan tahan lasak itu dijual pada harga bermula RM999. Untuk informasi tambahan, layari https://www.amazfit.com/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang