MENGGAYAKAN satu-satu busana tidak akan lengkap andai tidak dipadankan dengan aksesori tambahan seperti kaca mata.

Selain berfungsi sebagai pelengkap gaya, ia juga membantu menyerlahkan lagi gaya si pemakai.Pilihan beg, mekap atau barangan kemas sememangnya satu kemestian.

Mungkin ada yang setuju atau sebaliknya. Namun, hakikatnya cermin mata boleh menjadi elemen yang mampu menaikkan aura dan menonjolkan lagi personaliti seseorang.

kaca mata

Maka, tidak hairanlah seandainya kita melihat sesetengah wanita dengan penuh yakin memakai kaca mata gelap walau mengenakan baju kurung moden atau kebaya, disempurnakan lagi dengan helaian tudung yang dipakai kemas.

Menyedari konsep itu sememangnya elegan dan bakal menjadi trend milenial, Abayalubnaa yang merupakan jenama terkemuka dalam reka bentuk abaya moden lagi sopan berbuat sesuatu di luar kotak.

Label tersebut baru-baru ini berkolaboratif dengan Plie Eyewear bagi melancarkan koleksi kaca mata pertama mereka.

Baca ni Cara penjagaan cermin mata

kaca mata 1

Sekadar makluman, Plie Eyewear merupakan jenama dari negara Brazil yang pakar dalam menghasilkan kaca mata berkualiti tinggi daripada bahan boleh diperbaharui yang hipoalergenik dan tahan lama.

Pengarah Urusan Abayalubnaa, Syahruban Mohamad berkata, kerjasama itu berjaya mengetengahkan spektrum gaya yang menepati pelbagai cita rasa dan pilihan ramai.

Bukan setakat jenis bingkai besar, kaca mata berbentuk kucing, aviator termasuk berinspirasikan retro boleh dijadikan koleksi.

Dari segi rona, ia menampilkan percikan warna segar yang pastinya diminati kaum Hawa.

“Soal keterampilan, gaya, keselesaan visual, perlindungan terhadap sinaran ultra ungu (UV) yang berbahaya juga tidak diabaikan,” katanya pada majlis pelancaran koleksi baharu Abayalubnaa x Plie Eyewear di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Baca lagi Aksesori bukan sekadar gaya

abaylubnaa

Variasi bentuk

Menurut Syahruban lagi, setiap satu bingkai kaca mata itu juga boleh ditransisikan pemakaian sesuai pada waktu siang dan malam.

Rata-rata desain juga boleh digayakan untuk pemakaian harian atau majlis-majlis istimewa.

“Apa yang boleh katakan, bukan sekadar mewakili gaya, bahkan turut menampilkan ekspresi diri dan individualiti.

“Lebih menarik lagi, koleksi tersebut menawarkan pilihan pelbagai fesyen yang membolehkan pemakai meneroka dan menerima adaptasi gaya mereka tersendiri,” ujarnya.

Rico Rinaldi lancar himpunan kasut Ready To Wear baharu. Selesa, praktikal dipakai pada majlis formal, santai

abayalubnaa

Iklan

Pada pertemuan tersebut, ahli perniagaan wanita itu turut memperkenalkan satu persatu sorotan kaca mata mereka yang diberi nama tertentu. Imaan, Maya, Halima dan Khloe misalnya, bentuknya adalah lebih besar, sekali gus akan memberi kesan dramatik kepada pemakainya.

Mudah kata, nampak lebih stylish dan anggun. Sementara untuk himpunan Valentina pula, bentuk bingkainya bulat dan sesuai bagi mereka yang memiliki bentuk wajah segi empat. Beralih pula kepada Sophea, Miranda, Victoria dan Eva.

Gaya feminin sentuhan glamor

Ia amat pragmatik ke atas wanita dalam membantu mengimbangi bentuk muka jenis bulat dan oval. Secara asasnya, bingkainya jenis segi empat dan besar.

Jika anda menyukai gaya feminin, sentuhan glamor pada mana-mana pakaian, pilihlah kaca mata jenis Juliet, Latifa dan Safira. Berbentuk kucing, ia sangat berpadanan dengan individu yang memiliki raut wajah oblong dan berlian.

Menariknya, bingkai untuk aksesori itu lebih ringan dan mudah untuk dikemudi. Bagi Rania, Belle, Celine, Julia dan Zaar, konsepnya lebih kepada gaya D-bingkai.

Jadi, kaum Hawa yang dikurniakan bentuk muka segi empat panjang dan mempunyai dahi yang lebih dalam boleh mempertimbangkannya.

Baca juga Sebawang bukan sekadar tudung sarung, Nurul Nadiah bawa revolusi baharu gayakan tudung instant

Iklan

kaca mata 2

Kaca mata tersebut mempunyai bahagian atas yang lurus dan mencipta penampilan seimbang untuk wajah anda.

Percayalah, dengan busana, sepatu, tudung dan tas tangan yang bertepatan, stail anda akan nampak sangat klasik dalam apa-apa majlis dengan desain berkenaan.

Koleksi Abayalubnaa x Plie Eyewear boleh dibeli secara online menerusi abayalubnaa.com dan plieeyewear.com serta peniaga-peniaga terpilih di seluruh Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang