JIKA dahulu tudung sarung sering menjadi pilihan suri rumah atau ‘mak cik-mak cik bawang‘ untuk ke majlis kenduri atau bersembang di sebalik dinding rumah jiran, nampaknya senario bakal berubah.

Dengan inovasi dan rekaan lebih matang, tudung jenis itu kini sudah setaraf dengan ‘kewibawaan‘ selendang atau shawl dan bawal.Transisi itu dilakukan oleh Nurul Nadiah Sazali yang juga Pengarah Urusan Sebawang.

Bersandarkan tagline bukan sekadar tudung sarung, Nurul Nadiah cuba membuat perubahan itu demi membawa revolusi baharu dalam penggayaan tudung sarung.

Mesra disapa Nad, empunya diri mula berjinak-jinak dalam bisnes tudung sejak lima tahun lalu.

Baca ni ‘Birthday mummy, daddy dapat hadiah.’ Isteri kini hamil, pereka fesyen Rizman Nordin bakal sambut anak kedua

sebawang

“Saya pilih jenama Sebawang untuk diniagakan kerana saya sendiri penggemar tudung sarung. Seperti yang kita tahu, tudung jenis itu sering menjadi pilihan kaum wanita terutama dalam majlis merewang.

“Daripada situ, timbul idea untuk gunakan perkataan tersebut. Cuma saya tukarkan sedikit dengan mengambil nama tu dan letakkan ‘Se’ di hadapan. Jadilah Sebawang,“ ungkap beliau lagi.

Bercerita lanjut, Nad berkata, rekaan tudung berkenaan kini lebih kepada jenis bercorak. Sementelah sebelum ini, Sebawang banyak mengeluarkan tudung dengan rona polos.

“Masa untuk hasilkan satu-satu desain tidak lama memandangkan kerana idea itu datangnya daripada saya sendiri. Biasanya, hanya ambil seminggu hingga dua minggu untuk disiapkan.

“Berkenaan dengan inspirasi dalam penghasilan, ia hadir tanpa disangka. Pernah saya dapat ilham daripada seluar tidur anak. Selain itu, saya banyak tengok fesyen luar negara. Pun begitu, saya tidak semborono. Bagi saya, paling penting sesuai dengan gaya hijab orang Malaysia,“ kata beliau.

Baca juga ‘Labuhnya tudung, sopan je.’ Penampilan pelakon Fast & Furious dan tunang ke Masjid Sheikh Zayed raih pujian ramai!

sebawang 1

Menyentuh mengenai jenis material yang digunakan, sejak dahulu hingga kini, Nad cukup setia dengan material mosana viscos.

“Pemakaian tudung yang selesa mesti berkait dengan material yang digunakan, betul tak? Jadi, saya pilih fabrik jenis ini kerana mempunyai peratusan kapas yang tinggi, selain kainnya sejuk, selesa, lambat berbulu dan memeri.

“Sekarang kami fokus kepada dua jenis material iaitu Korean most crepe dan mosana viscos serta stripe. Ada jenis tebal dan halus. Untuk harga pula bermula RM45 hingga RM65 bergantung jenis material, berapa banyak kain digunakan dan juga rekaan,“ kongsinya lagi.

Tembus pasaran Indonesia

Tudung Sebawang sentuhan Nad tidak sekadar disarung begitu sahaja, sebaliknya boleh dipelbagaikan gaya.

“Tudung sarung yang antikedut ini boleh dibuat dalam tujuh stail. Sebagai contohnya, jika mahu ke pejabat, boleh lilit sebagai bawal. Jika mahu ke pasar raya, memadai sarung begitu sahaja. Malah, rekaan tudung ini juga tiada masalah untuk cucian mesin. Ia tidak akan berbulu atau mudah luntur warna.

“Paling penting, asingkan dan jangan letak terus sabun kepada tudung berkenaan. Selain itu, elak pakai jarum atau pin yang berkarat. Jika pin anda jenis tumpul, ia akan merosakkan fabrik itu sendiri,“ jelasnya sambil memberitahu, jenama yang dipelopori beliau sudah menembusi pasaran Indonesia.

Baca lagi Kreatif sungguh! Wanita kongsi cara DIY tempat sangkut tudung lepas iron raih perhatian ramai

Iklan

sebawang 2

Selain tudung, Nad turut menghasilkan set busana berupa seluar dan kemeja serta telekung yang diimport daripada negara seberang.

Selain itu, beliau berkolaboratif dengan Adelia Wilhemina yang juga isteri kepada vokalis kumpulan tersohor indonesia, Pasha Ungu.

“Hubungan kami mula terjalin selepas diperkenalkan oleh seorang model, Ayuni Haris. Kami meminta Adelia mencuba tudung tersebut. Ternyata beliau gembira dan daripada situ kami selalu berhubung dan beliau mengatakan hasrat untuk cuba menjual.

“Tidak sangka 100 helai dijual terus licin. Kini, beliau menjadi pengedar rasmi kepada jenama Sebawang di Indonesia,“ dedah Nad yang turut merancang untuk membuka kilang di sana kelak jika ada rezeki.

Baca juga Teknik mudah cuci sofa kotor atau bertompok, hanya guna air panas, tudung periuk

sebawang 3

Iklan

Sebelum menutup perbualan, penulis sempat meminta Nad berkongsi tip penjagaan tudung jenis sarung itu.

“Jika jenis material kapas, tiada masalah terutama yang tidak memakai anak tudung. Namun, berbeza dengan tudung sarung jenis most crepe, anda harus pakai inner cotton supaya ia tidak bergerak.

“Selain itu, pemilihan warna dan rekaan penting. Jika anda pilih tudung jenis yang bercorak, elakkan pilih lebih daripada tiga warna supaya penampilan lebih elegan dan tidak nampak serabut,“ ungkap beliau lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang