MASALAH rambut gugur sering menjadi ‘igauan’ para wanita mahupun lelaki.

Masakan tidak, di setiap penjuru bilik pasti dipenuhi dengan gumpalan rambut. Sedikit tak mengapa lagi, kalau dah banyak, memang risau dibuatnya!

Itu yang gugur secara ‘semula jadi’, kalau rambut disikat, tak tahulah macam mana nak cakap.

Adakah masalah itu disebabkan oleh salah menggunakan syampu atau terlalu kerap mencuci rambut?

Jika anda berfikiran begitu, anda sebenarnya silap. Menurut laman web perubatan terkenal Amerika Syarikat, Healthline, terdapat beberapa sebab utama mengapa seseorang individu mengalami keguguran rambut. Berikut adalah sebab-sebabnya:

i) Stres.

Apabila seseorang itu mengalami stres, banyak kesan buruk yang akan menimpa.

Salah satunya adalah masalah rambut gugur teruk kerana hormon tidak stabil.

Oleh itu, kita semua perlu bijak untuk menangani stres apatah lagi kini semua orang perlu ‘berkurung’ di rumah.

ii) Genetik.

Biasanya, faktor keturunan (androgenetik alopecia) akan memberi lebih impak kepada kaum lelaki.

Rambut mereka akan menjadi nipis dan berbentuk M. Hasilnya, lama-kelamaan rambut akan semakin menipis dan mula menjadi botak.

iii) Ikat rambut terlalu ketat.

Selain dua faktor tersebut, tindakan mengikat rambut dengan ketat juga boleh menjadi punca utama seseorang itu mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.

Jika ikatan terlalu ketat juga, ia akan menyebabkan kehilangan dan keguguran secara perlahan-lahan tanpa kita sedari.

iv) Gemar mencabut atau menarik rambut.

Ingat, tabiat buruk tersebut harus dihentikan dengan segera!

Ini kerana ada sesetangah wanita yang sangat gemar mencabut rambut yang ‘tercacak’ di belahan potongan rambut.

Jika habit itu diteruskan, lama-kelamaan banyak kawasan yang menjadi botak.

Ingat, seandainya tidak dihentikan dengan segera, ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala lalu menyebabkan kehilangan rambut kekal.

v) Penyakit autoimun.

Iklan

Pada masa sama, jika anda mempunyai diabetes atau artritis, berkemungkinan besar masalah keguguran rambut perlu dihadapi.

Ini kerana apabila sistem imun badan akan menyerang folikel rambut, sel-sel atau tisu penting untuk pertumbuhan rambut.

Oleh itu, ia boleh menyebabkan keguguran dan kehilangan rambut.

vi) Kekurangan zat & vitamin.

Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik dan biologi serta kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut.

Kebiasaannya, masalah itu disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Kekurangan zat besi bukan sahaja memberi ancaman kepada masalah keguguran rambut, malah badan juga tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup.

Iklan

Selain itu, kekurangan zat besi dalam nutrien lain seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein juga akan menyumbang kepada keguguran rambut.

Jadi, buat pembaca di luar sana, selidik terlebih dahulu punca masalah keguguran rambut yang dialami.

Artikel berkaitan: 4 cara mudah lebatkan rambut, semua guna bahan semula jadi yang mudah ditemui

Berkemungkinan besar masalah itu terjadi kerana pengaruh faktor persekitaran hingga mencetuskan tekanan dalam diri kita.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Baca juga: Sering berhadapan masalah rambut nipis, gugur? Ini petua paling berkesan kita boleh buat