4 cara mudah lebatkan rambut, semua guna bahan semula jadi yang mudah ditemui

April 5, 2021
Oleh Farah Eliani

LAZIMNYA, apabila mengalami masalah keguguran rambut, rata-rata daripada kita akan memikirkan kaedah terbaik bagi mengendalikannya.

Ada yang mengambil inisiatif sendiri mencuba pelbagai menggunakan syampu yang direka khas bagi mengatasi masalah keguguran rambut.

Iklan

Dalam hal ini, menurut laman web hellodoktor.com, masalah keguguran juga sering dilihat sebagai tanda penuaan.

Antara sebab lain. Antaranya:

i) Ubat-ubatan.
ii) Ketidakseimbangan hormon.
iii) Jenis diet.
iv) Tekanan kerja.

Iklan

Menurut laman web antarabangsa stylecraze.com pula, gejala keguguran rambut mungkin terjadi disebabkan oleh:

  • Penipisan rambut secara beransur-ansur di atas kepala.
  • Tompok botak bulat pada kepala.
  • Rambut gugur di seluruh badan.
  • Tompok bersisik pada kulit kepala

Rawatan semula jadi

Namun, kepada anda yang mengalami masalah tersebut, jangan risau.

Iklan


Ini kerana terdapat beberapa bahan semula jadi yang boleh merawat masalah punca rambut gugur tanpa kesan sampingan seperti yang disarankan oleh laman web kesihatan healthline.com dan hellodoktor.com. Berikut pendekatan yang dicadangkan:

a) Santan kelapa.

Dipercayai ubat yang paling berkesan untuk pertumbuhan rambut semula jadi iaitu penggunaan santan kerana ia kaya dengan zat besi, kalium dan lemak penting.

Caranya:
1. Ambil santan daripada kelapa segar.
2. Tambahkan setengah perahan lemon dan empat titisan minyak lavender.
3. Campurkan dengan teliti dan sapukan pada kulit kepala anda, biarkan selama 4 hingga 5 jam dan kemudian bilas.

b) Masker telur

Seperti yang kita tahu, telur mengandungi paras protein yang tinggi yang membantu dalam pembentukan rambut baharu. Ia juga kaya dengan sulfur, zink, besi, selenium, fosforus dan sodium.

Caranya:
1. Masukkan sebiji telur putih ke dalam mangkuk.
2. Tambah satu sudu teh minyak zaitun (juga boleh menggunakan minyak biji anggur atau minyak lavender) dan madu.
3. Sapukan seluruh rambut dan kulit kepala selama kira-kira 20 minit.
4. Bilas dengan air sejuk dan syampu.

c) Teh hijau

Teh hijau sangat kaya dengan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran rambut.

Caranya:
1. Sapukan teh hijau hangat (daripada uncang teh yang digunakan) ke atas kulit kepala dan biarkan selama sejam.
2. Basuh dengan air sejuk.

d) Cuka epal

Cuka jenis itu berfungsi perlahan-lahan membersihkan kulit kepala dan mengekalkan keseimbangan pH rambut sehingga mempercepat pertumbuhan rambut.

Caranya:
1. Mulakan dengan membuat campuran cair dengan mencampurkan 75 mililiter (ml) dalam satu liter air untuk kumpulan yang lebih besar atau 15ml kepada secawan air panas yang ditapis untuk kumpulan yang lebih kecil.
2. Gunakannya sebagai bilasan akhir selepas mencuci rambut. Ia juga akan membuatkan rambuat menjadi bersinar dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

Meskipun mungkin punca rambut gugur yang dihadapi adalah disebabkan faktor keturunan dan peningkatan usia, namun ia bukan bermakna orang ramai boleh memandang remeh isu ini.

Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan aspek penjagaan rambut dan jangan lupa untuk mencuci rambut anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Iklan
Iklan