'Suami okay saya berkedut, tegur bab pakaian.' Che Ta enggan buat rawatan kosmetik, lebih pentingkan kesihatan diri
'Suami okay saya berkedut, tegur bab pakaian.' Che Ta enggan buat rawatan kosmetik, lebih pentingkan kesihatan diri
KALAU namanya Rozita Che Wan, tak sah andai tidak melaram baik di rumah mahupun ketika menghadiri sebarang majlis di luar.
Sejak dahulu lagi empunya diri yang mesra disapa Che Ta sangat menitikberatkan penjagaan diri terutama sekali wajah dan juga busana.
Tidak hairanlah walaupun sudah memasuki usia separuh abad, namun ibu kepada tiga cahaya mata itu masih tetap anggun dan awet muda.
Apa yang boleh dibanggakan buat anak kelahiran Jelapang Padi itu, biarpun wajah semakin dimamah usia, namun beliau tidak sama sekali bimbang, jauh sekali mahu mengubah wajahnya sepertimana segelintir selebriti lain.
Dedah empunya diri, sejak mendirikan rumah tangga bersama Zain Saidin, suami kesayangannya itu menerima diri seadanya.
Bahkan Zain sebelum ini pernah mengakui jatuh cinta dengan isteri tersayang selepas melihat wajahnya tanpa secalit mekap.
TAK BENAR SUNTIK
Kata Che Ta lagi, suaminya itu sama sekali tidak membenarkan beliau mengubah atau melakukan sebarang rawatan kosmetik baik suntikan dan sebagainya semata-mata untuk mengelakkan daripada kulit berkedut.
"Dia (Zain) sudah cakap awal-awal memang tak kisah apa jua yang ingin saya lakukan,kecuali bab nak suntik wajah memang tak benarkan.
"Pernah juga sebelum ini saya cakap teringin nak buat tetapi beliau tak benarkan walaupun saya sudah berkedut. Selain itu, bab pakaian juga dia sering tegur kalau tak kena," kongsi Che Ta.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran produk BY RCW Glow Edition baru-baru ini.
Akui tuan punya badan lagi, pernah sebelum ini rakan-rakan menyarankan beliau melakukan rawatan kecantikan, namun Che Ta memilih untuk tampil sihat berbanding penampilan diri.
"Kalau saya masih muda mungkin akan buat, tetapi sekarang keutamaan lebih kepada kesihatan. Benda ini (kecantikan) bukan lagi keperluan, sementelah saya banyak berada belakang tabir dan jarang berlakon.
"Justeru, saya rasa tak perlu semua itu (rawatan). Lihat sahaja ibu saya yang kini berusia 75 tahun, tak payah buat apapun okay sahaja. Bila kita dah tua, cantik bukan lagi keutamaan, janji sihat.
"Kalau pakai eye sahdow 13 warna sekalipun, bulu mata panjang sampai highway, tapi duduk atas kerusi roda, apa maknanya kan," seloroh wanita berumur 51 tahun itu lagi.
CEKANG JELITA
Baca juga ‘Suami orang’ kini lebih laris, Che Ta nasihat wanita tak perlu tayang muka pasangan
Mengulas mengenai produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu Cekang jelita, ia khusus untuk kaum Hawa yang mementingkan penjagaan wajah dengan harga yang mampu milik.
Selebriti popular yang juga ahli perniagaan itu berpendapat, produk asas penjagaan wajah seperti serum merupakan satu keperluan bagi kaum wanita selain pencuci wajah, toner, pelembab dan krim pelindung matahari.
“Kerana itu saya memilih menghasilkan serum Cekang Jelita bagi membantu wanita merawat kulit wajah selain mampu melembab, mencerah dan menegangkan kulit wajah mereka,” katanya.
Baca lagi Sempoinya! Jual baju pre-loved Che Ta di car boot sale, kehadiran Zain Saidin curi tumpuan
Sesuai namanya, kata wanita yang sentiasa tampil anggun bergaya itu, cekang yang bermaksud tegang itu mampu memberikan hasil yang cantik pada kulit wajah dengan penggunaan yang berterusan.
Menggunakan bahan utama berasaskan emas sebagai agen anti penuaan dan kolagen bagi melewatkan garisan halus dan kedutan, serum Cekang Jelita juga ditawarkan pada harga amat berpatutan agar semua wanita mampu memilikinya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang