TIDAK perlu bersusah payah untuk ke spa jika mesin urut kaki mudah alih sudah memadai untuk melegakan kekejangan di rumah.

Ini ekoran sudah terdapat banyak pilihan peranti daripada jenama terkemuka ditawarkan pada harga mampu milik, termasuk dengan pakej bayaran ansuran hingga 12 bulan.

Berikut SinarPlus kongsikan empat produk khas yang dicipta untuk menghilangkan rasa kram pada kaki:

mesin urut kaki

1. OGAWA O.M.G. Foot Massager

  • Dijual pada harga RM1,199.
  • Waranti setahun dengan pilihan bayaran ansuran enam hingga 12 bulan.
  • Dilengkapi ciri pemanas termoterapi untuk urutan kaki.
  • Reka bentuk beg udara yang mampat dengan penggelek pada tapak kaki untuk urutan.
  • Rasa seperti diurut oleh manusia.

 

mesin urut kaki

2. Osim uPhoria Lite Leg Massager

  • Dijual pada harga RM1,488.
  • Dijamin dengan waranti 12 bulan dan pilihan bayaran ansuran hingga tiga bulan.
  • Servis urutan meliputi kawasan betis, buku lali dan kaki untuk mengurangkan sakit otot serta ketegangan.
  • Lengkap dengan fungsi picit dan uli, urutan Tui-na dan refleksologi pada titik saraf kaki.

Baca juga Mesin urut, treadmill & telefon pintar dijual RM11 jer, ini tawaran kaw kaw sempena Shopee 11.11 Deals!

mesin urut kaki

3. ITSU iMax

  • Harga jualan bermula RM1,588.
  • Mempunyai sembilan mod urutan manual dan automatik meliputi tiga urutan betis, tiga urutan tapak kaki dan tiga urutan automatik.
  • Pilihan terapi haba dan kawalan penyesuaian kekuatan urutan.

Baca juga Polaroid Go comel tetapi berkuasa. Siap ada mesin cetakan sendiri, cermin swafoto

Iklan

mesin urut kaki

4. Gintell G-Feetie Plus Foot Massager

  • Ditawarkan pada harga RM1,288.
  • Dilengkapi teknologi Gintell terbaharu, Swing Roller untuk urutan secara menyeluruh.
  • Mempunyai ciri terapi haba dengan pilihan suhu hingga 45 darjah Celsius.
  • Empat mod urutan iaitu refresh, healthcare, shiatsu dan squeeze.

mesin urut kaki

Iklan

Semua produk yang disenaraikan di atas boleh dibeli terus di outlet rasmi atau kedai e-dagang rasmi Shopee dan Lazada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang