Tak perlu oven, bakar guna periuk saja. Memang senang sangat buat kek sarang semut

A
A
A

KEK sarang semut adalah juadah yang tidak lapuk dek zaman.

Kulinari tersebut disukai oleh golongan kanak-kanak sehingga orang tua-tua.

Tekstur kek yang berongga dan lembut itu memang menarik perhatian dan sebenarnya memang mudah sangat nak dibuat.

Seorang pengguna, Nazri Mat Zain baru-baru ini berkongsi resipi pemanis mulut ‘orang lama’ itu di Facebook.

Uniknya, beliau hanya menggunakan periuk sahaja untuk membakar kek berkenaan. Memang tak pakai langsung oven.

Justeru, anda yang tiada peralatan itu di rumah, tak perlu risau. Guna sahaja kaedah yang dicadangkan Nazri.

Baca juga:Sedapnya hirup panas-panas! Resipi sup dumpling, mi wantan kicap sebiji macam restoran Cina Muslim

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

KEK SARANG SEMUT

Bahan-bahan

1 cawan gula pasir [BELI DI SINI]

1 cawan  air panas

1 cawan tepung gandum  [BELI DI SINI]

3 sudu makan marjerin  [BELI DI SINI]

4 biji telur ayam gred B  [BELI DI SINI]

¾ cwn susu pekat (guna ½  cawan jika mahu kurang manis)  [BELI DI SINI]

2 sudu kecil soda bikarbonat  [BELI DI SINI]

1 sudu kecil serbuk penaik  [BELI DI SINI]

1 penutup botol esen vanila  [BELI DI SINI]

Cara penyediaan:

1. Masukkan gula dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana.

2. Apabila gula sudah keperangan, kecilkan api. Tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga gula hangus dan air sebati.

3. Kemudian masukkan marjerin dan kacau. Tutup api. Biarkan adunan seketika.

4. Masukkan empat biji telur, susu pekat dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul adunan perlahan-lahan dan jangan terlalu lama.

5. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik.

6. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam periuk.

7. Alaskan dapur gas dengan penutup periuk. Letakkan periuk dan buka api perlahan.

8. Tutupkan lubang udara pada tudung periuk dengan tisu.

9. Bakar selama 45 minit atau satu jam. Sedia untuk dihidang.

Lihat, tak susah pun nak buat. Adik-adik remaja yang cuba nak buat pun boleh, tapi pastikan ada pengawasan mak ayah ya.

Baca juga: Kreatifnya ‘abang polis’ cipta resipi Cream Puff Cendol. Sebiji macam rasa cendol asli

Baca juga: Resipi cucur ikan bilis lembut di dalam rangup di luar, bancuh dengan nasi kisar & 1 bahan ini

Mak-mak yang dah tak tahu nak sediakan juadah apa untuk anak-anak yang asyik lapar je cuti sekolah ni, boleh juga cuba resipi yang dikongsikan.

Jika mahu sediakan sebagai buah tangan untuk bertandang ke majlis kenduri pun sesuai sangat.

Mesti sekejap sahaja dah licin.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca