Koleksi terhad gaya rock n' roll, ini spesifikasi rare Low Rider ST dengan edisi limited Tobacco Fade Enthusiast 2024

No Image Caption
A
A
A

LEBIH bergaya dengan gaya maskulin! Harley-Davidson Malaysia menawarkan model Low Rider ST dengan koleksi terhad Tobacco Fade Enthusiast 2024.

Menurut laman web rasmi jenama tersebut, koleksi berkenaan diilhamkan komuniti penunggang tegar yang terdiri daripada kepelbagaian latar belakang unik.

“Setiap siri baharu dilancarkan setiap tahun sebagai penghormatan kepada subset komuniti penunggang yang lebih luas dan tersedia dalam kuantiti terhad.

No Image Caption

“Selain itu, Harley-Davidson juga mengambil ilham daripada pemuzik setiap genre dengan menampilkan skema cat yang meniru kehangatan gitar rock n’ roll,” katanya.

No Image Caption

Berikut antara lain perincian model Low Rider ST dengan koleksi terhad Tobacco Fade Enthusiast 2024:

  • Skema cat dan grafik diilhamkan kemasan kayu sunburst klasik yang menjadi sensasi pada tahun 1960-an.
  • Cat antipudar dengan garisan merah karamel yang menyerlahkan ton panel emas metalik.
  • Logo signatur Enthusiast Collection di atas pembawa bagasi Tour-Pak atau fender belakang.

No Image Caption

  • Rangkaian kuasa enjin Milwaukee-Eight 117 V-Twin dengan kapasiti enjin 1,923CC, menghasilkan kuasa output hingga 105hp dan tork 168Nm.
  • Masih kekalkan ciri pencahayaan jenis LED termasuk lampu belakang LED Zeppelin dan lampu isyarat belok incandescent bullet.
  • Paparan LCD bersaiz 2.14 inci dengan speedometer, odometer, indikator gear, aras minyak, trip, takometer, jarak dan jam.

No Image Caption

Tawaran harga Harley-Davidson untuk model tersebut bermula RM164,900. Untuk info lanjut, layari https://www.harley-davidson.com/ap/en/motorcycles/enthusiast.html.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang