Suzuki Jimny 5 Pintu Serba Baharu lagi power, ini sebab Naza Eastern Motors sasar jualan 100 unit tahun ini

No Image Caption
A
A
A

NAZA Eastern Motors Sdn Bhd menyasarkan jualan sebanyak 100 unit bagi tahun ini sempena pelancaran model terbaharu, Suzuki Jimny 5 Pintu Serba Baharu.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohamad Irwan Shahril berkata, fitur baharu tersebut lebih praktikal untuk kegunaan seharian dengan kelebihan ruang kabin yang luas.

“Meskipun segmen tersebut lebih sesuai buat mereka yang berminat kepada kenderaan premium, namun kami berusaha untuk mengubah persepsi berkenaan.

No Image Caption

“Selain boleh meredah laluan lasak, ia juga dikuasakan enjin 1.5 liter petrol dengan tork 130Nm bersama sistem Allgrip Pro 4WD baharu dan transmisi automatik empat kelajuan,” katanya.

Pengedar kenderaan Suzuki di Malaysia itu juga menjangkakan pengenalan model kenderaan jenis elektrik (EV) pada suku keempat tahun depan.

Artikel Berkaitan:

Berikut spesifikasi lain Suzuki Jimny 5 Pintu Serba Baharu:

  • Dimensi panjang 3,822mm, lebar 1,645mm dan tinggi 1,720mm, manakala jarak roda 2,590mm.

No Image Caption

  • Ruang kabin boleh memuatkan lima penumpang dengan sistem infotainmen bersaiz 9 inci skrin sesentuh.
  • Lengkap enam beg keselamatan SRS dan pengagihan kuasa brek elektronik (EBD) dan program kestabilan elektronik (ESP) dengan sensor Daya-G.
  • Ciri kawalan pegun bukit, turun bukit dan bantuan brek.

No Image Caption



Suzuki Jimny 5 Pintu Serba Baharu dijual pada harga bermula RM199,950.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang