Jaguh baharu lagi ekstrem, Defender OCTA padu dengan enjin turbo berkembar mild-hybrid V8 4.4 liter berkuasa tinggi

No Image Caption
A
A
A

PENGENALAN varian terbaharu, Defender OCTA memperluaskan lagi barisan pacuan empat roda Land Rover Defender 110 dengan ciri lebih ekstrem dan berkuasa super.

Pengarah Urusan Defender, Mark Cameron berkata, pelancaran Defender OCTA baharu mentakrifkan keupayaan dan bukti yang boleh dicapai menggunakan teknologi kejuruteraan terbaik.

“Dengan enjin turbo berkembar mild-hybrid V8 4.4 liter yang berkuasa tinggi, ia sekali gus mampu memecut hingga 60mph dalam tempoh 3.8 saat.

No Image Caption

“Reka bentuk luaran yang lebih berani dan keras. Ketinggian dinaikkan sebanyak 28 milimeter (mm) manakala trek roda dilebarkan sebanyak 68mm. Selain perisai aluminium aloi sebagai perlindungan lebih kukuh pada bahagian bawah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Berikut perincian Defender OCTA:

  • Paling dinamik pernah dicipta dengan keupayaan prestasi di luar jangkauan termasuk mampu merentasi air setinggi 1 meter.

No Image Caption

  • Dikuasakan 635PS dengan capaian 1 tork hingga 750Nm.
  • Dynamic Launch Mode membolehkan ia memecut hingga 100 kilometer perjam dalam tempoh 4 saat dengan bantuan transmisi automatik lapan kelajuan.

No Image Caption

  • Mod OCTA serba baharu khusus off-road, ditambah brek antikunci dan kawalan pelancaran pemanduan.
  • Teknologi Body and Soul Seat untuk pengalaman kerusi tempat duduk hadapan lebih selesa dengan material tahan lama.
  • New Defender OCTA Edition One menampilkan pilihan cat baharu yang eksklusif dan perincian Chopped Carbon Fibre.

No Image Caption

Tampil dengan pilihan rona eksklusif metalik premium iaitu Petra Copper dan Faroe Green, selain Carpathian Grey serta Charente Grey.

Defender OCTA diperkenalkan kepada umum secara rasmi di Festival Kelajuan Goodwood di West Sussex, England pada 11 hingga 14 Julai lalu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.landrover.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang