Cip G4 AI terbaharu Google, ini tiga peranti serba canggih sudah ada di pasaran lokal

No Image Caption
A
A
A

GOOGLE mengumumkan tiga peranti dengan pengenalan cip generasi keempat berkuasa kecerdasan buatan (AI) terbaharu yang kini tersedia untuk pasaran lokal.

Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL dilengkapi dengan Tensor G4, cip terpantas dan paling cekap dilancarkan jenama terkemuka dunia itu setakat ini.

Naib Presiden Perniagaan Peranti dan Perkhidmatan APAC Google, Mike Abary berkata, pengenalan fitur baharu tersebut menandakan fasa seterusnya dalam menghasilkan teknologi serba canggih.

No Image Caption

“Untuk pasaran Malaysia, kami berharap pelancaran portfolio Google Pixel terbaharu membolehkan pengguna menikmati semua pengalaman unik yang dikuasakan AI.

“Kami juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan VSTECS dalam menyediakan lebih banyak pilihan dan pengalaman Android premium dengan Pixel,” katanya.

Karya dwibahasa gabungan genre muzik Melayu dan Tamil yang kian meniti bibir peminat khususnya anak muda itu turut menjadi muzik latar sempena salah satu persembahan di Dataran Putrajaya sempena sambutan kemerdekaan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif VSTECS Berhad, JH Soong berkata, sebagai peneraju teknologi terkini, pihaknya berbangga untuk memperkenalkan peranti Google Pixel berkuasa AI di Malaysia.

“Pixel 9 baharu dengan keupayaan Google Gemini AI menjanjikan pengalaman telefon pintar yang diperbaharui dengan ciri-ciri lanjutan dan pengalaman lebih lancar,” ujarnya.

Berikut antara ciri lain siri Pixel 9:

  • Kamera swafoto serba baharu (model Pro), kamera ultra lebar yang dinaik taraf pada Pixel 9 (48 MP) membolehkan tangkapan fokus makro lebih baik.

No Image Caption

  • Paparan Super Actua lebih cerah (3000 nits untuk Pixel 9 Pro XL dan Pixel 9 Pro), manakala Paparan Actua Pixel 9 adalah 35 peratus lebih cerah (2700 nits).

No Image Caption

  • Peningkatan RAM 16GB (Pixel 9 Pro XL dan Pixel 9 Pro) dan 12GB untuk Pixel 9.Siri Pixel 9 didatangkan dengan ciri yang dipertingkatkan AI untuk foto terbaik seperti Best Take dan Audio Magic Eraser.
  • Ciri AI Pixel Screenshots untuk membantu menyimpan, menyusun dan mengingat semula maklumat serta pembantu terbina dalam bentuk Gemini.

No Image Caption

Tawaran harga bermula RM3,999 (Pixel 9), RM5,199 untuk Pixel 9 Pro dan RM5,699 (Pixel 9 Pro XL).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang