Kekal hidrasi penuh bergaya. Acerpure AQUA WP3 sesuai untuk si minimalis!
ACER Malaysia baru-baru ini memperkenalkan penambahan terkini dalam barisan produk penapis air, Acerpure AQUA WP3 dengan reka bentuk lebih langsing dan pelbagai fungsi.
Jenama itu dalam satu kenyataan memaklumkan,inovasi mesin penapis air panas segera tersebut lebih ringan dengan hanya ukuran standard sekotak bijirin.
“Dengan berat hanya 2 kilogram, Acerpure AQUA WP3 dilengkapi sistem penyesuaian ketinggian automatik untuk titik mendidih, selain reka bentuk mudah alih.
“Acerpure AQUA WP3 amat ideal untuk aktiviti luar seperti berkhemah kerana mampu menyediakan air bersih dengan suhu yang tepat,” menurut kenyataan jenama terkemuka tersebut.

Berikut adalah antara kelebihan Acerpure AQUA WP3:
- Isipadu air sehingga 500 mililiter dan penetapan suhu antara 45 hingga 95 darjah Celsius, boleh dilaras untuk lima tahap kepanasan.
- Modul pemanas gabungan keluli tahan karat dan unsur nadir bumi membolehkan air dipanaskan dalam tempoh hanya tiga saat.

- Penapis DCF dengan empat lapisan gentian nano aluminium dan karbon teraktif, menyingkirkan 99.9 peratus virus dan bakteria secara berkesan.
- Diiktiraf dalam pemeriksaan kualiti air NSF dan SGS 27, selain dilengkapi teknologi pembersihan automatik.

Harga jualan bermula RM799 dan boleh didapati di e-kedai Acer, outlet dalam platform gudang dalam talian serta penjual rasmi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

