Kerja lebih seronok dengan Acer Swift, ini ciri spesifikasi AI berprestasi tinggi dengan cip Intel Core Ultra
DEMI memenuhi gaya hidup lebih aktif dan produktif, ACER Malaysia memperkenalkan dua model komputer riba terbaharu yang dilengkapi ciri kecerdasan buatan manusia (AI).
Menariknya, pelancaran Acer Swift 16 AI dan Acer Swift Lite 14 berkenaan melengkapkan lagi barisan tambahan untuk siri Swift yang dinanti-nanti ramai.
Bagi kalian yang mahukan peranti berprestasi tinggi, barangkali Acer Swift 16 AI antara pilihan tepat.

Selain reka bentuk aluminium yang anggun dan tahan lasak, ia juga merupakan kombinasi sempurna dengan cip Intel Core Ultra serba canggih.
Berikut spesifikasi Acer Swift 16 AI:

i) Paparan OLED WQXGA+ 16 inci menjanjikan warna yang terang dan imej lebih tepat untuk pengalaman visual yang luar biasa.
ii) Ketahanan bateri hingga 20 jam.


iii) Ciri AI pintar seperti Acer PurifiedVoice yang menyingkirkan gangguan bunyi semasa mesyuarat dalam talian.
iv) Ciri Acer User Sensing 2.0 boleh mengunci komputer riba secara automatik apabila anda berpaling. Menarik, kan?

Sementara itu, Acer Swift Lite 14 juga tak kurang hebatnya dengan desain lebih ringan, kompak dan serba guna.
Hanya berat 999 gram jer, jangka hayat bateri boleh mencapai masa hingga 10 jam.


Dengan pilihan warna light silver dan nude pink, Acer Swift Lite 14 memberikan pilihan estetik yang bergaya untuk memenuhi citarasa peribadi.
Engsel 180° memudahkan perkongsian paparan, sesuai untuk pembentangan atau mesyuarat kasual di mana saja kalian berada.
Lagi best, ia juga dikuasakan Intel Core Ultra 7 untuk memberikan prestasi hebat walaupun dalam bentuk yang lebih nipis dan minimalis.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Acer Swift 16 AI dan Acer Swift Lite 14 pada harga yang menarik.


Dengan setiap pembelian, anda berpeluang untuk mendapat hadiah menarik seperti SanDisk DualDrive 256GB dan tetikus tanpa wayar bubble Acer.

Selain itu, pelanggan yang membeli peranti ini berpeluang menebus kredit eWallet Touch n' Go hingga RM150. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia @ AcerM.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

