Saingan baharu buat segmen SUV EV, Zeekr 7X lengkap ciri keselamatan lebih baik. Butang kecemasan tersembunyi & kerusi pintar kanak-kanak

No Image Caption
A
A
A

SATU lagi saingan buat pasaran kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) berkuasa elektrik (EV) di dunia dengan kemunculan model terbaharu, Zeekr 7X.

Fitur baharu di bawah jenama Geely Automobile Holdings itu merupakan seleksi varian EV premium yang dilancarkan sempena Chengdu Motor Show di Shanghai, China baru-baru ini.

Tampil dengan dua inovasi bateri LFP baharu yang boleh menyokong pemanduan jarak hingga 605 kilometer (km) dan 780km, ia boleh dicaj daripada 10 peratus hingga 80 peratus hanya dalam 10.5 minit sahaja.

Ibu pengantin dengan berat hati memaklumkan pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan pada saat akhir iaitu beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Menurut laman rasmi Zeekr Global, sistem 645 kuasa kuda membolehkan jentera canggih itu memecut dari jarak zero hingga 100 kilometer per jam dalam tempoh 3.8 saat.

No Image Caption

Berikut antara lain spesifikasi yang ditawarkan Zeekr 7X:

  • Lengkap dengan ciri keselamatan seperti kamera berdefinisi tinggi, sensor lanjutan Lidar dan radar gelombang ADAS.
  • Memiliki 14 fungsi kabin termasuk pemanasan dan pengudaraan, selain enam tetapan urutan gred spa pada kerusi.

No Image Caption

  • Jentera tahan lasak dengan bar keluli berkekuatan tinggi, inovasi beg udara termaju dan tempat duduk keselamatan pintar buat kanak-kanak.
  • Ciri butang tersembunyi untuk memecahkan tingkap kereta sekiranya berlaku kecemasan.

Harga jualan di China bermula RM134,603 dan pelancaran di peringkat global dijadualkan menjelang tahun 2025.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang