Gaya lebih gagah rentasi laluan lasak, ramai tak sabar nantikan BMW R1300 GS Adventure tembusi pasaran
TERKENAL dengan keupayaan padu merentasi pelbagai jenis laluan lasak, BMW R1300 GS Adventure kini tampil dengan versi lebih gagah buat peminatnya.
Jenama keluaran BMW Motorrad itu diperkenal dengan tiga varian iaitu BMW R1300 GS Adventure Trophy, BMW R1300 GS Adventure Tripple Black dan BMW R1300 GS Adventure Option 719 Karakorum.
Menurut laman web rasmi, motosikal berkuasa tinggi itu dilengkapi dengan enjin jenis boxer empat lejang silinder berkembar 1,300cc baharu yang dipertingkatkan.
Ibu pengantin dengan berat hati memaklumkan pengantin perempuan telah membatalkan perkahwinan pada saat akhir iaitu beberapa hari sebelum majlis berlangsung.
“Enjin tersebut direka khas untuk menjana kuasa output maksimum 145hp pada 7,750 rpm dan mampu mencapai kuasa tork hingga 149Nm pada 6,500 rpm.
“Paling penting, ciri Automated Shift Assistant (ASA) antara penyelesaian teknikal baharu untuk klac dan shift gear secara automatik mengikut jenis mod penunggangan,” kata jenama itu.
Selain dilengkapi Teknologi BMW ShiftCam, ciri EVO Telelever untuk kestabilan dan kawalan penunggangan lebih baik dengan elemen flex dan roda belakang yang diperbaharui.
Untuk info lanjut, layari https://www.bmwmotorrad.com.my/en/models/adventure/r1300gs.html
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang