Kejutan buat peminat, Honda City V & WR-V edisi khas dijual hanya 99 unit. Paling penting, harga masih sama!

No Image Caption
A
A
A

HONDA Malaysia baru-baru ini mengumumkan satu kejutan buat peminatnya apabila menawarkan Honda City V dan WR-V versi edisi khas.

Terhad 99 unit sahaja untuk setiap model.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, varian keluaran terhad kali ini lebih eksklusif yang menampilkan reka bentuk lagi stailo pada harga sama.

Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)

“Honda City V menampilkan spoiler depan, sisi dan belakang dengan lambang Edisi Khas, selain dipertingkatkan dari segi perakam video digital (DVR), lampu kaki, hiasan langkah sisi serta bekas simpanan kabin,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi meningkatkan jualan dengan tawaran unik, Honda Malaysia turut menggabungkan ciri berikut pada Honda City V SE:

No Image Caption

  • Lapan pembesar suara, konfigurasi tempat duduk belakang boleh laras 60:40 dan ruang kargo 519 liter.
  • Enam beg udara dan ciri Honda Sensing dengan lapan ciri keselamatan serta Walk Away Auto Lock.
  • Tersedia untuk pilihan rona Platinum White Pearl pada harga bermula RM94,900 (harga atas jalan tanpa insurans) dengan tambahan caj RM300.

No Image Caption

Pada masa sama, label tersebut juga teruja memperkenalkan SUV serba boleh, WR-V SE dengan ciri tambahan luaran baharu termasuk lambang Edisi Khas dan spoiler bawah depan, sisi serta belakang.

Harga jualan bermula RM107,900 (harga atas jalan tanpa insurans) untuk pilihan warna Stellar Diamond Pearl.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang