Tenang, aman dikelilingi hutan belantara nan indah. Mantin Forest Art Farmstay semakin jadi pilihan ramai

DIKELILINGI hutan batu pada setiap hari sememangnya membosankan. Justeru, tidak hairanlah warga kota yang mahu melepaskan lelah akan memilih destinasi percutian yang mendamaikan jiwa dan menenangkan minda.

Untuk merealisasikan impian itu, Mantin Forest Art Farmstay yang terletak di Lot 1813, Kampung Mantin Dalam, Mantin, Negeri Sembilan merupakan salah satu lokasi yang disyorkan SinarPlus.

Keindahan landskap dan chalet yang dibangunkan di tepi tasik boleh membuatkan sesiapa sahaja terpesona.

Pengasasnya, Datuk Alex Chai berkata, beliau menterjemahkan elemen kesenian budaya masyarakat Cina dan Eropah Timur ke dalam Mantin Forest Art Farmstay.

Mantin Forest Art Farmstay

“Di sini, kami tidak hanya memiliki muzium seni dengan pelbagai koleksi barangan antik, malah mempunyai deretan replika patung batu bagi menambahkan lagi keindahan kawasan agrobudaya ini,” katanya.

Bercerita lanjut, usahawan berjaya itu berkata, idea membuka destinasi hebat itu sebenarnya bermula dengan minatnya yang gemar mengumpul barangan antik, koleksi seni, batu gergasi dan haiwan peliharaan di tanah pertanian seluas 8.8 hektar itu.

Mantin Forest Art Farmstay

“Untuk tempoh 10 tahun sebelum ini, saya suka mengajak kawan-kawan datang menikmati hasil durian, nangka, avokado dan sayuran organik yang ditanam sendiri oleh isteri yang suka berkebun. Pada masa sama, kami juga menternak ayam, kambing dan pelbagai jenis ikan di kawasan tasik seluas 1.12 hektar di tapak sama.

Baca juga Perkampungan kontena, pembetung dan tapak khemah di hadapan tasik, percutian di Nafas Cube memang berbaloi

“Pun begitu disebabkan pandemik yang melanda negara, kami terpaksa membuka kawasan ini kepada umum demi kelangsungan hobi tersebut. Saya sama sekali tak sangka, sambutan yang diterima daripada orang ramai cukup menggalakkan,” katanya.

 

Perkembangan positif itu kemudian mendorong Alex menambah bilik penginapan. Setakat ini, terdapat 28 unit yang terdiri chalet dan kamar kayu yang berkonsepkan gaya Bali.

Beritahu beliau, impiannya untuk menetap di sebuah perkampungan yang tenang dan dikelilingi dengan barangan kesayangannya, membuatkan beliau tidak kedekut untuk membelanjakan kos yang tinggi termasuk membina air terjun dan landskap indah di Mantin Forest Art Farmstay.

Mantin Forest Art Farmstay

“Inilah tempat untuk kami bersara nanti dan keistimewaan yang ada ini kami kongsikan bersama pengunjung yang juga pencinta alam.

“Soal makan pula jangan bimbang kerana sajian kami semuanya halal dan segar dari ladang. Hasil ternakan kami dihidangkan buat pelanggan yang sukakan masakan Melayu,” katanya yang juga merancang untuk membuka kebun sayur organik lebih luas.

Baca juga Berkayak, berbasikal, piknik dan mendaki tembok. Ini 5 lokasi best di Putrajaya

Tidak sekadar menatap keindahan alam, pelbagai aktiviti menarik wajib dicuba seperti berkayak, berbasikal, memancing, mendaki gunung dan banyak lagi boleh dilakukan, kata Alex.

Mantin Forest Art Farmstay

Buat si cilik, ibu bapa boleh menemani mereka melihat dan mendekatkan diri dengan pelbagai haiwan jinak seperti burung kakak tua, burung unta, burung merak dan kuda.

Pada masa akan datang, konsultan perniagaan dan bangunan yang berpengalaman lebih 36 tahun itu berkata, beliau merancang untuk menambah 22 buah bilik lagi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat, selain menaik taraf kemudahan sedia ada.

“Bagi mereka yang belum pernah merasai percutian singkat dengan pelbagai aktiviti outdoor menarik pada harga mampu milik, jangan lepaskan peluang untuk menginap di sini. Saya percaya, bukan sahaja dapat mengecas semula tenaga, Mantin Forest Art Farmstay juga boleh menghilangkan tekanan kerja dengan keajaiban alam,” tuturnya.

Mantin Forest Art Farmstay

Mantin Forest Art Farmstay
Alamat: Lot 1813, Kampung Mantin Dalam, Mantin, Negeri Sembilan
Waktu operasi: 8 pagi hingga 7 malam
Harga pakej: Bermula RM178 hingga RM298
Aktiviti: Berkayak & berbasikal dan lain-lain.
Facebook: Mantin Forest Art Farmstay
Instagram: @mantinfarmstay

Iklan

Mantin Forest Art Farmstay

#REKREASIPILIHAN

SANTAI dan privasi. Itu dua ciri yang diperlukan oleh kita yang mahu bercuti.

Dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber alam semula jadi, di samping memberi kemudahan yang terbaik, ia sudah cukup membuatkan ramai berpuas hati.

Kami senaraikan empat lokasi menarik untuk disinggahi pembaca SinarPlus yang merancang untuk pergi berlibur nanti.

Facebook: The Haven All Suite Resort, Ipoh

The Haven Resort Hotel
Alamat: Jalan Haven, Ipoh, Perak
Pakej harga: Bermula RM445 hingga RM1, 587
Facebook: The Haven All Suite Resort, Ipoh
Instagram: @thehavenresorts
Laman web: www.thehavenresorts.com

royal belum

Iklan

Belum Rainforest Resort
Alamat: Pulau Banding, Gerik, Perak
Pakej harga: Bermula RM500 (dua hari satu malam) hingga RM950 (tiga hari dua malam)
Facebook: Belum Rainforest Resort
Instagram: @belumrainfores
Laman web: www.belumrainforestresort.com

Facebook: The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh Malaysia

The Banjaran Hot Spring Retreat
Alamat: No 1, Persiaran Lagun Sunway 3, Ipoh, Perak
Pakej harga: Bermula RM1,850
Facebook: The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh Malaysia
Instagram: @banjaranhotsprings
Laman web: www.sunwayhotels.com/the-banjaran

TADOM HILL

Tadom Hill Resort
Alamat: Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor
Pakej harga: Bermula RM150 hingga RM700
Facebook: Tadom Hill Resorts
Instagram: @tadomhill
Laman web: http://tadomhillresorts.com/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang