Tenggelam dalam air, oksigen terhalang daripada memasuki saluran pernafasan. Ambil langkah berikut cegah situasi lemas

A
A
A

KEGEMBIRAAN empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk semalam bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas.

Isteri mangsa, Nora Elina Abdul Khalit, 44, berkata, suaminya Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, dihanyutkan ombak ketika bersiar-siar di tepi pantai.

Menurut laporan berita, beliau bersama suami serta dua anak perempuannya yang berusia sembilan dan 11 tahun tiba di Kuala Terengganu pada Jumaat lalu untuk bercuti.

Mereka sekeluarga mengambil kesempatan meluangkan masa berkelah di tepi pantai berkenaan sebelum pulang ke Kuala Lumpur tengah hari esok.

Pun demikian, Nora Elina mendapati suaminya tiba-tiba dibawa arus.

Beliau yang ditemui pemberita berkata, dia tidak menyangka percutian mereka sekeluarga berakhir dengan kejadian tidak diingini.

Bagaimanakah kejadian lemas ini berlaku?

Baca juga: ‘Lempar pelampung dan berenang tetapi…’ Isteri luluh lihat suami hanyut depan mata, berikut kronologi kejadian

Menurut Healthline, lemas adalah satu bentuk kematian akibat sesak nafas.

Kematian berlaku selepas paru-paru dimasuki air dan mengganggu pernafasan.

“Situasi lemas akan menyebabkan organ itu menjadi berat dan oksigen yang dihantar ke jantung terhenti.

“Tanpa bekalan oksigen, badan akan mati,” katanya.

Rata-rata orang boleh menahan nafas selama kira-kira 30 saat. Bagi kanak-kanak pula, tempohnya adalah lebih pendek.

Baca juga: Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak perempuan 2 tahun lemas di kolam renang. Ibu bapa ambil iktibar awasi anak

GAMBAR hiasan daripada CANVA.

Seseorang yang mempunyai kesihatan yang sangat baik dan mempunyai latihan untuk kecemasan dalam air juga lazimnya hanya boleh menahan nafas selama 2 minit sahaja.

Sementara itu, portal MyHealth memberitahu, situasi lemas boleh mengakibatkan keadaan jangkitan paru-paru dan kerosakan kekal tisu otak.

Apakah gejala-gejala lemas?

Kata MyHealth, tanda lemas bergantung kepada tahap keterukannya, antara lain termasuklah:

- Batuk.

- ⁠Tercungap-cungap.

- ⁠Muntah.

- ⁠Nafas berbunyi.

- ⁠Kulit kebiruan.

- ⁠Tidak sedarkan diri.

Baca juga: Tragedi kepala air menggerunkan, paras naik lebih 5 meter sekelip mata, 2 maut, 7 sekeluarga dikhuatiri lemas dibawa arus

GAMBAR hiasan daripada CANVA.

Laman perubatan tersebut turut menyatakan langkah yang perlu diambil sekiranya mahu membantu mangsa hampir lemas. Antaranya:

- Nilai keadaan sekeliling sama ada mempunyai bahaya atau tidak.

- ⁠Nilai tahap kesedaran mangsa.

- ⁠Minta bantuan.

- ⁠Periksa saluran pernafasan, keadaan pernafasan dan nadi mangsa.

- ⁠Keluarkan bendasing dalam mulut mangsa (sekiranya ada).

- ⁠Lakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sekiranya mangsa didapati tidak bernafas.

- ⁠Segera dapatkan bantuan perubatan.

- ⁠Tragedi lemas atau hampir lemas perlu dielakkan.

Baca juga: 14 hari hilang, mayat usahawan lemas ditemui, anak luah rasa pilu. ‘Terima kasih doakan papa’

GAMBAR hiasan daripada CANVA.

Seseorang boleh mencegah lemas dan hampir lemas dengan mengambil langkah-langkah berikut:

- Belajar berenang

- ⁠Elakkan berenang tanpa teman (terutama kanak-kanak)

- ⁠Pakai jaket keselamatan apabila menaiki bot dan beriadah di air.

- ⁠Memasang pagar di sekeliling kolam atau kawasan berisiko tinggi untuk lemas bagi mengelakkan kanak-kanak lemas.

- ⁠Menyediakan ‘life guard’ di kawasan berisiko tinggi.

Kejadian tidak diingini seperti lemas berlaku tanpa diduga.

Justeru, SinasPlus ingatkan supaya supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti di air berikutan musim tengkujuh belum berakhir.

Sentiasa peka dengan arahan papan tanda yang memaparkan amaran dilarang mandi atau sebagainya bagi mengelakkan kegembiraan aktiviti perkelahan bertukar tragedi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca