PADA tahun 2007, seorang wanita dari California, Amerika Syarikat (AS) yang berusia 28 tahun meninggal dunia selepas mengambil bahagian dalam pertandingan minum air, Hold Your Wee for a Wii.

Bagaimanapun, selepas minum kira-kira 6 liter air dalam tempoh tiga jam, beliau
mengalami sakit kepala yang teruk dan muntah, lalu meninggal dunia akibat mabuk
air atau terlebih air.

Istilah lain bagi mabuk air adalah hiperhidrasi, keracunan air dan toxemia water.

Dua tahun sebelum itu, seorang lelaki berusia 21 tahun mati disebabkan dipaksa minum air secara keterlaluan.

Berdasarkan New England Journal of Medicine, hampir satu per enam pelari maraton mengalami tahap hyponatremia atau pencairan darah disebabkan tabiat meneguk
terlalu banyak cecair.

terlebih air

Ketua Nefrologi, Massachusetts General Hospital dan Harvard Medical School, M Amin Arnaout berkata, hyponatremia yang cepat dan teruk boleh menyebabkan kemasukan air ke dalam sel otak dan berlakunya pembengkakan yang ‘diterjemahkan‘ melalui sawan, koma, nafas terperangkap, herniasi pada batang otak sehingga berupaya mencetuskan kematian.

Membaca kisah tragis dan pandangan pakar tersebut, telah mendorong SinarPlus mencari informasi tambahan daripada pakar tempatan dan antarabangsa, jurnal termasuk rujukan daripada laman web perubatan terkemuka untuk menghuraikan lebih lanjut situasi itu.

Terlebih dulu, soalan dikemukakan kepada Pakar Perunding Buah Pinggang (Nefrologi), Hospital Pakar KPJ Rawang, Dr Shafira Mohamad Sha.

terlebih air

Ujar Dr Shafira, air berlebihan di dalam badan adalah fenomena yang mana cecair (di dalam badan) manusia terlebih daripada apa yang diperlukan.

“Ini boleh berlaku apabila seseorang minum terlalu banyak air atau jika individu tersebut tidak dapat mengeluarkan air dari badan secara normal atau dipanggil sebagai water retention.

Baca juga Minum air terlalu banyak boleh undang bahaya? Ini amalan sihat lain yang boleh jejaskan kesihatan

Water retention ujar beliau, biasanya berlaku apabila pesakit mempunyai masalah buah pinggang atau jantung. Pesakit-pesakit ini akan dinasihatkan supaya mengurangkan jumlah air yang diambil.

“Sangat penting untuk mereka mengikut nasihat doktor agar tidak mengalami komplikasi seperti bengkak kaki dan susah bernafas seakan-akan ‘lemas‘ kerana air akan memenuhi paru-paru mereka,“ jelasnya.

terlebih air

Lapor Medical News Today, secara statistiknya, buah pinggang orang dewasa yang
sihat boleh mengeluarkan 20 hingga 28 liter air sehari, tetapi golongan itu berupaya menyingkirkan kira-kira 1 liter air setiap jam sahaja.

Kapasiti ideal

Berbicara tentang permasalahan tersebut, hal yang selalu didengari kita adalah meneguk lapan gelas air setiap hari merupakan satu pendekatan terbaik untuk tubuh badan.

Sebelum memberi komentar mengenainya, Dr Shafira menjelaskan, air adalah komposisi
utama dalam badan manusia dan mengandungi sekitar 50 hingga 70 peratus air.

“Jumlah ini berbeza mengikut peringkat umur dan jantina seseorang. Secara amnya, apabila umur semakin meningkat, jumlah air di dalam badan semakin berkurangan. Lelaki mempunyai peratusan air yang lebih berbanding dengan wanita, setanding dengan sosok tubuh mereka,“ katanya.

terlebih air

Pakar tersebut kemudian memetik penyelidikan yang dilakukan oleh United States National Academics of Sciences, Engineering and Medicine yang mengatakan, jumlah air yang patut diminum oleh seorang lelaki dewasa adalah sebanyak 3.7 liter, manakala seorang wanita memerlukan 2.7 liter sehari.

“Saranan untuk minum air sebanyak lapan gelas sehari (2 liter) adalah satu panduan yang memudahkan pengiraan dan ini adalah jumlah purata yang diperlukan oleh seseorang individu,“ katanya.

Sementara itu, menurut laman web kesihatan berpengaruh di Amerika Syarikat (AS),
WebMD, jumlah air yang diperlukan berbeza-beza mengikut garis panduan asas Institute of Medicine, AS.

terlebih air

Lelaki: Sembilan cawan air (lebih sedikit 2 liter) cecair setiap hari.
Wanita hamil: Perlu minum kira-kira 10 cawan air setiap hari.
Ibu menyusu badan: Lebih kurang 12 cawan air.
Kanak-kanak: Kira-kira enam hingga lapan cawan air sehari. Mereka juga harus makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Semasa bermain atau bersenam, digalakkan minum setengah cawan hingga dua cawan air setiap 15 hingga 20 minit.

“Jika seseorang berada di luar dengan cuaca yang panas atau melakukan sesuatu yang
mengeluarkan banyak peluh, lebih banyak air diperlukan untuk kekal terhidrat. Hal yang sama jika seseorang sedang demam, muntah atau cirit-birit.

“Kepada mereka yang mempunyai masalah kegagalan jantung atau penyakit buah pinggang pada tahap tertentu, golongan itu mungkin perlu mengehadkan pengambilan cecair. Apa-apapun dapatkan nasihat daripada doktor,“ kongsi WebMD yang sependapat dengan Dr Shafira.

Baca juga Bahaya kurang minum air kosong, tapi awas jika berlebihan

Satu persoalan yang kerap ditanya, adakah kafein, jus, air bikarbonat, soda, smoothie termasuk alkohol dikira sebahagian daripada kadar air? Menjawab pertanyaan itu, WebMD menjelaskan, semua cecair tersebut mempunyai kelemahan masing-masing.

terlebih air

“Sebagai contoh, jus, soda dan smoothie boleh menghidratkan, tetapi ia mengandungi
gula dan kalori yang tinggi.

“Kopi dan teh juga menyediakan air, tetapi mengandungi kafein yang boleh menyebabkan kita kehilangan lebih banyak air apabila kencing. Sama juga seperti minuman beralkohol.

“Minuman tenaga pula mengandungi gula seperti kafein yang selalunya memiliki dos yang tinggi. Ramai doktor mengesyorkan kanak-kanak dan remaja mengelakkan semua jenis air yang dikatakan tadi,“ beritahu WebMD.

terlebih air

Secara kesimpulannya, kata portal itu, minum air putih adalah pilihan terbaik.

Mual, muntah & bengkak

Untuk mengetahui seseorang sedang mengalami masalah mabuk air, berikut adalah
simptom yang disenaraikan Healthline dan Medical News Today:

Sakit kepala: Lebihan air akan menyebabkan ketidakseimbangan natrium dalam darah. Maka, akan terjadi pembengkakan sel tubuh, antaranya pada otak yang membuatkan
kepala berdenyut.

Minum pada ketika tidak haus: Apabila masih minum air walau tidak rasa dahaga, ia akan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit di dalam tubuh. Justeru, biarkan diri anda sendiri memberi signal waktu terbaik untuk minum.

Baca juga Waktu terbaik minum air kosong yang anda mungkin tidak tahu.

Warna urin: Jika urin berwarna keruh, itu bermakna seseorang mengalami dehidrasi. Berbeza pula kalau urin tidak berwarna sama sekali. Ia petanda seseorang terlalu banyak minum.

Sering buang air kecil: Dalam sehari, rata-rata manusia akan buang air kecil enam hingga tujuh kali. Lebih daripada itu, kurangkanlah cawan minuman anda.

Tubuh bengkak: Salah satu tanda ketidakseimbangan elektrolit. Lazimnya bahagian
tubuh yang membengkak ialah kaki, tangan atau bibir.

terlebih air

Mual dan muntah: Antara contoh kes yang berlaku melibatkan siswa ketenteraan di AS pada tahun 1996 dan 1997. Seramai 17 orang minum 2 liter air per jam setelah menjalani latihan yang berat. Hasilnya, mereka muntah-muntah.

Otot lemah, kejang dan kram: Gejala ini timbul ketika natrium dalam darah menjadi encer (menjadi berair). Jika bagian tubuh terasa gementar tanpa alasan yang jelas, ia juga menunjukkan anda terlalu banyak minum sehingga kekurangan elektrolit vital.

Iklan

Rasa penat: Minum terlalu banyak air boleh menyebabkan hilangnya tenaga, rasa
mengantuk dan penat akibat ketidakseimbangan elektrolit tubuh.

terlebih air

Jadi bingung: Salah satu tanda keracunan air adalah berdepan dengan perasaan kebingungan. Jika seseorang masih tetap minum, tidak mustahil tubuh badan akan kekejangan.

Dalam pada itu, selain pesakit buah pinggang dan jantung yang perlu berhati-hati dalam pengambilan air, Healthline menerusi artikel khas yang diterbitkan mendedahkan satu aktiviti yang mengundang bahana.

Kongsi mereka, kebanyakan kes keracunan atau mabuk air yang mengancam nyawa turut
melibatkan aktiviti fizikal yang keterlaluan seperti latihan ketenteraan atau berlari dalam acara maraton.

terlebih air

Apabila terlalu letih, kemungkinan para peserta sudah tidak dapat mengawal kadar air yang diminum.

Penggunaan dadah jenis MDMA turut terkait kerana bahan yang sering digunakan di
sesetengah negara ketika berada di konsert atau festival muzik sangat membahayakan
nyawa.

Golongan itu lazimnya akan menari untuk jangka masa panjang dalam suasana yang
panas. Fungsi dadah berkenaan akan meningkatkan suhu badan, sekali gus mendorong
seseorang minum air yang berlebihan.

Baca juga Cuaca panas buatkan si kecil cepat dehidrasi. Mak ayah wajib kenal tanda-tanda anak tak cukup air

“Ia boleh menjadi terlalu banyak kerana MDMA juga menyebabkan berlakunya pengekalan air kencing. Ini bermakna mereka tidak kerap membuang air kecil dan membenarkan semua cecair tambahan itu terkumpul di dalam badan,“ kongsi Healthline lagi sambil menambah, krisis kesihatan itu boleh berlaku lebih cepat ke atas kanak-kanak dan orang tua.

Kepada yang bertanya bagaimana mengetahui air di dalam badan sudah mencukupi, jawapannya adalah seseorang tidak akan merasa dahaga, beritahu Dr Shafira.

“Selain itu, air kencing kita akan menjadi lebih cair warnanya dan kurang berbau. Pengambilan air yang mencukupi penting untuk badan kita dalam menjalani proses fisiologi yang normal, antaranya pengawalan suhu badan dan kawalan tekanan darah.

terlebih air

“Untuk mereka yang ingin menguruskan badan, pengambilan air yang mencukupi adalah
lebih baik daripada mengambil air yang berlebihan dan ini tertakluk kepada keperluan badan seseorang,“ jelasnya.

Seperti kata Dr Shafira, air merupakan elemen yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Namun begitu, meneguk air perlulah seimbang mengikut keperluan setiap individu supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan.

Terpaksa rujuk pakar bila air kencing sama warna dengan air paip

Iklan

SEORANG pereka grafik di sebuah akhbar, Hazwan Effendi Darus, 35, (bukan nama sebenar) merupakan lelaki yang sangat mementingkan kesihatan.

Bukan sahaja ligat bersenam, makan makanan jenis bersup dan menikmati hanya beras
jenis basmati sahaja, beliau juga tidak akan minum minuman bergula.

terlebih air

“Orang kata saya cerewet itu dan ini, tapi itulah saya. Namun, satu sahaja  kelemahan yang sukar nak kikis, saya akan minum tiga cawan kopi 0 setiap hari yang mana saya sedar itu merupakan satu pendekatan yang tak bagus,“ katanya membuka perbualan.

Pada suatu hari yang tidak terjangka, imbau Hazwan Effendi, tanpa semena-mena beliau jatuh pengsan di sebuah taman rekreasi ketika sedang berjogging.

Lelaki itu kemudian dibawa ke klinik dan dinasihatkan doktor agar minum air putih dalam kuantiti yang banyak.

Baca juga Salah makan ubat, kurang minum air, stres, kafein punca migrain. Ini cara paling ampuh atasinya

“Sejak dari peristiwa itu, saya akan pastikan akan minum lebih 2 liter air. Namun, apa yang terjadi sebaliknya pula.

“Saya dapati air kencing saya seperti warna air paip. Disebabkan tiada ilmu, saya fikirkan ia satu petanda yang baik. Apabila saya bersembang dengan wartawan yang membuat kolum kesihatan di tempat saya kerja, beliau menafikannya dan minta saya merujuk kepada doktor semula,“ katanya.

terlebih air

Hazwan Effendi yang menemui pakar di sebuah hospital swasta kemudian dimaklumkan
bahawa kandungan air di dalam badannya berlebihan dan hampir memasuki paru-paru.

“Saya terkejut mendengarnya dan barulah saya tahu, seorang lelaki disyorkan minum
lapan gelas air bersamaan 2 liter air sahaja.

“Kalau keterlaluan memang akan menyebabkan timbul masalah kesihatan seperti
pembengkakan,“ katanya menceritakan pengalaman tiga tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan