Tidak suka digelar seksi, Markovic pemain bola sepak tercantik di dunia, pilih sukan berbanding jadi model
MELIHATKAN penampilannya yang cukup memukau dengan rupa paras yang cantik, mungkin ada yang tidak menyangka Ana Maria Markovic sebenarnya seorang pemain bola sepak.
Wanita kelahiran Switzerland itu kini mewakili pasukan kebangsaan Croatia dan bermain untuk kelab Switzerland, Grasshopper.
Markovic, 22, muncul antara berita sensasi media sosial tahun ini. Bahkan, beliau turut mendapat jolokan pemain bola sepak paling cantik di dunia.
Malah, beliau juga hampir berjaya menggandakan pengikut di laman Instagram miliknya sejak enam bulan lalu dengan melepasi angka sejuta peminat di platform tersebut.
Biarpun selesa dikenali sebagai pemain bola sepak paling cantik di dunia, empunya diri bagaimanapun tidak gemar jika ada media yang menggambarkannya sebagai seksi.
"Saya suka ada artikel yang menyebut saya pemain bola paling cantik atau salah seorang yang paling cantik. Itu membuatkan saya senang mendengarnya. Pun begitu, ada juga media lain yang menggambarkan saya sebagai pemain paling seksi. Saya tidak suka." ujar beliau yang menceburi sukan bola sepak ketika usia 14 tahun.
Berbekalkan kecantikan yang diwarisi oleh ibunya, membolehkan Markovic turut aktif dalam bidang peragaan.
Pun begitu, fokusnya tetap kepada sukan bola sepak, manakala bidang peragaan hanya untuk mendapatkan pendapatan sampingannya.
MINAT CHELSEA & RONALDO
Portal Wolipop melaporkan, Markovic pernah ditanya yang mana satu tim bola sepak kegemarannya?
"Chelsea Dan tentu saja saya mahu ikat kontrak dengan Chelsea," ungkapnya yang menjadikan Cristiano Ronaldo idolanya kerana kagum dengan etika kerja pemain terkenal tersebut.
Dalam pada itu, keberaniannya wanita tersebut sangat terserlah apabila beliau pernah bersuara menuntut kesaksamaan dalam sukan bola sepak terutama berkaitan dengan gaji pemain wanita.
Terbaharu tentang dirinya, Markovic memuat naik gambar berpakaian seperti kucing menjelang perayaan Halloween.
Namun perkongsian tersebut bagaimanapun dilihat tidak begitu mengujakan. Mungkin kostum yang dikenakan tersebut paling ringkas yang dimilikinya.
Anak muda itu dilihat mengenakan solekan asas misai kucing dan memberi kapsyen pada hantaran itu dengan bertanya, "Apa yang anda pakai ketika Halloween?"
View this post on Instagram
Sumber gambar: Instagram anamxrkovic
SinarPlus pun terpesona melihat kecantikan beliau. Betullah orang kata, kalau sudah cantik, pakai kostum yang biasa-biasa pun, tetap boleh memukau peminat di dalam mahupun di luar padang. Itulah aura yang ada pada Markovic.
Baca lagi Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun
Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang