UNIK, ringkas dan menarik. Itu yang boleh diterjemahkan tatkala melihat topi buatan tangan Mohd Zulhimi Fikri Md Yussof.

Sebelum bercerita lanjut, beliau yang mesra disapa Amy memberitahu, bisnes topi yang menggunakan jenama By A.M bermula seusai dirinya berpindah dari tempat kelahiran di Kuala Kedah ke Langkawi, Kedah.

Topi

Sebagai deejay dan pemain muzik, beliau sentiasa mahu tampilkan kelainan setiap kali menerima jemputan membuat persembahan baik yang bersifat rasmi mahupun santai.
Kebetulan, tuan punya badan amat meminati bidang fesyen.

Baca ni ‘Saya kena tipu’, Agong tepuk dahi terhibur dengan lelaki pakai topi rambut palsu undang tawa ramai

“Saya suka fesyen dan aksesori. Sebelum ini, saya pernah hasilkan rantai dan gelang macrame yang dikait sendiri menggunakan tali. Sebagai seorang yang mementingkan penampilan diri, saya juga akan memilih busana sesuai mengikut kerjaya saya.

“Bagaimana topi boleh menjadi bisnes saya sekarang? Ia bermula apabila seorang kawan hadiahkan saya topi, namun tak sesuai nak pakai kerana saiznya kecil. Di situlah titik mula saya berminat hasilkan topi sendiri,” ujarnya yang mula berbisnes secara serius pada tahun 2019.

Memandangkan beliau tiada pengetahuan asas dalam pembuatan aksesori berkenaan, lelaki itu mula membuat kajian menerusi internet dan terjumpa saluran YouTube, Hats By Grizz.

Hats By Grizz.

“Selepas melihat perkongsian video di saluran berkenaan, timbul idea untuk hasilkan topi mengikut acuan saya sendiri. Alhamdulillah, kini setiap topi yang dihasilkan adalah 100 peratus daripada hasil kerja tangan saya sepenuhnya,” ujar Amy yang sudah menjadikan pembuat topi sebagai kerjaya tetapnya, selain bermain alatan muzik.

Baca lagi Hatta guna kain perca hasilkan koleksi topi, pouch bag

Kepada penulis, Amy berkata, untuk menghasilkan sebuah topi tidak semudah seperti yang disangkakan lebih-lebih lagi dalam mendapatkan materialnya.

“Barangan untuk membuat item ini sebenarnya sukar didapati di negara ini. Justeru, saya terpaksa belajar secara tradisional tanpa menggunakan mesin canggih. Prosesnya memakan masa kerana perlu rendam dalam air panas dan jemur seharian.

“Apabila sudah kering, saya harus fokus buat lapisan dalaman pula untuk elak pemakainya berpeluh. Jika cuaca panas dan elok, saya mampu siapkan topi dalam tempoh empat hari,” ujar beliau yang bersandarkan kepada sinaran matahari semata-mata untuk proses pengeringan tanpa menggunakan sebarang peralatan sokongan.

KARAKTER

Beritahu Amy, berawal, ramai orang beranggapan topi By A.M hasil rekaannya adalah daripada jenis kulit. Hakikatnya, itu tidak betul.

“Topi yang saya hasilkan adalah daripada material wool felt. Ada banyak jenis sebenarnya. Selain itu, ada juga menggunakan jenis beaver dan rabbit fur felt. Biasanya untuk badan topi atau hat body, saya guna bulu biri-biri.

“Namun, kebanyakan material yang saya pakai adalah jenis biasa saja. Dari segi harga pula, setiap topi bermula pada harga sekitar RM500,” kongsinya.

Disebabkan rekaan produk itu yang pelbagai, Amy ditanya bagaimana beliau memperoleh idea sedemikian rupa? Bukan apa, seperti yang disebut pada awal artikel, ia kelihatan amat unik dan tersendiri.

Baca lagi Gaya ‘Barbie’ selebriti lokal dan antarabangsa dalam busana merah jambu curi tumpuan

Iklan

Jawapan yang dizahirkan cukup mudah. Ujar lelaki itu, rata-rata adalah berdasarkan perwatakan dirinya sendiri.

topi

“Sebelum sesuatu topi dihasilkan, saya akan kaji terlebih dahulu situasi tempat yang akan saya buat persembahan. Itu termasuklah aspek warna, masa atau cuaca dan jenis majlis sama ada santai atau rasmi.

“Setiap topi ada karakter tersendiri. Demikian juga apabila ada pelanggan yang menempah topi. Saya akan kaji dan minta mereka memilih dan mencari gambar topi yang diminati,” katanya yang mengibaratkan pelanggannya sebagai model yang mewakili jenama dan topi yang beliau hasilkan, Amy tidak mahu bersikap sambil lewa dan lebih suka berterus terang.

“Jika topi berkenaan dilihat tidak sesuai dengan stail pelanggan, maka saya akan nasihatkan memilih yang mana sesuai. Saya mahu menjaga imej saya sebagai pembuat topi dan pada masa memastikan kepuasan mereka terpelihara.

amy

Iklan

“Setakat ini, saya memiliki tujuh blok kepala yang berbeza untuk memenuhi keperluan dan permintaan ramai. Kebanyakan barangan yang saya guna dibeli secara online dan kosnya tinggi kerana dibeli di luar negeri,” ujar beliau yang tidak menolak bahawa dirinya ialah perintis kepada topi buatan tangan 100 peratus di negara ini.

Diminta berkongsi tip menjaga topi, kata Amy, pemiliknya kena rajin untuk memberus membuang habuk dan elak daripada terkena sinaran matahari atau ditinggalkan dalam kereta.

Baca lagi ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang