LANGSIR jenis eyelet atau lubang biasanya menjadi pilihan mereka yang simple tetapi moden.

Jahitan pada langsir jenis itu ringkas, kemas dan praktikal. Itu antara faktor kenapa ia  menjadi tarikan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mahu cepat siap dan mudah dipasang.

Kebiasaannya, langsir jenis tersebit menggunakan gelung cincin yang dipasang pada lubang berbentuk bulat.

Sebenarnya, SinarPlus bukan mahu menunjukkan cara membuat, sebaliknya nak berkongsi cara memasangnya supaya nampak lebih kemas dan tersusun elok.

Bagi anda yang tidak pandai memasangnya, pasti sakit mata melihat langsir nampak senget dan tidak beralun cantik.

 

Baca ni ‘Besar & mewah macam istana.’ 20 tahun simpan angan-angan, rumah impian Yatie Kamarzaman bakal siap dibina. Lawanya!

Rupa-rupanya ada cara yang cukup mudah jika mahu mendapatkan hasil sedemikian.

Pasti anda tidak terfikir cawan plastik boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut, kan?

Cuba tip yang dikongsikan oleh Lia Johari menerusi page Kelab Kaki Deko.

Kata beliau, kaedah itu dapat membantu memastikan langsir nampak cantik dan susunan nampak sekata.

langsir

“Sakit mata apabila melihat susunan atau gelembung langsir eyelet tidak sekata, kan?

“Saya kongsikan cara jimat dengan buat sendiri atau DIY curtain devider dengan menggunakan cawan plastik ” ujar Lia Johari.

langsir

Berikut langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

1. Belah dua cawan berkenaan dan potong bahagian bawahnya berbentuk bulat bagi memudahkan ia muat masuk dalam rod langsir.

Baca ni ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

2. Setelah itu, letakkan cawan tersebut pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.

langsir

Iklan

*boleh lihat step pada gambar.

3. Sebelum ini, nampak senget sana sini. Apabila ditiup angin asyik bergerak dan hilang susunan.

Baca lagi Baca lagi Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

4. Selepas menggunakan cawan plastik, inilah hasilnya.

5. Siap!

Iklan

langsir

Wah, memang menarik idea yang dikongsikan. Mudah dan menjimatkan.

Daripada dibuang begitu sahaja, ada juga faedah cawan plastik itu, kan.

Bagi yang mempunyai langsir jenis eyelet, bolehlah cuba trik yang dikongsikan ini. Kalau menjadi, beritahu min ye!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang