vivo V25, V25e hadir dengan pengimejan termaju, video lebih jelas walau dirakam dalam keadaan gelap

A
A
A

CIRI fotografi yang ditambah baik dengan teknologi pengimejan termaju, ditambah penghasilan video lebih jelas walau dalam keadaan gelap merupakan antara spesifikasi menarik vivo V25 dan V25e.

Pengurus Jenama vivo, Raymond Teoh berkata, pengenalan siri terbaharu itu adalah demi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa mahukan telefon pintar yang menarik dari segi estetika dan spesifikasi terbaik.

"Dengan peranti baharu yang direka dengan lebih terperinci, pengguna boleh merakam detik terbaik menggunakan teknologi kamera intuitif, sambil meluahkan kreativiti mereka," katanya.

vivo

Berikut perincian siri V25:

  • Dilengkapi kamera ultra pengesanan OIS 64MP kelas perdana pada bahagian belakang.
  • Hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 900 dan RAM 8GB + 8GB RAM tambahan.
  • V25 menyokong FlashCharge 44W yang boleh mengecas semula bateri 4500mAh hingga 61 peratus dalam masa 30 minit.

vivo

  • Ciri Vlog Filem baharu meningkatkan pengalaman penggambaran.
  • Ciri Penstabilan Imej Hibrid (OIS EIS) dan kamera hadapan dilengkapi dengan Algoritma AI HD.

vivo

Berikut perincian siri V25e:

  • Dilengkapi kamera ultra pengesanan OIS 64MP kelas perdana pada bahagian belakang.
  • Kamera hadapan 32MP dan 50MP HD dengan keupayaan autofokus dan fokus mata.
  • Dilengkapi pemproses Mediatek Helio G99 dengan 8GB 8 RAM tambahan.

Baca juga Hebat! Vivo Siri X60 lebih canggih dengan teknologi ZEISS, gambar persis jurukamera profesional

vivo

  • V25e juga menyokong FlashCharge 44W untuk kapasiti bateri 4500mAh.
  • Ditambah dengan teknologi penyejukan terbaharu dan keupayaan pengecasan pantas.
  • Ciri Mod Malam Super yang memulihkan warna dan kecerahan imej.

Kedua-dua model bersaiz 7.79 milimeter tersebut didatangkan dengan pilihan rona Sunrise Gold dan Diamond Black. V25 mempunyai warna tambahan Aquamarine Blue.

Baca juga Lebih menarik dan vazz! Vivo Y35 bawakan keriangan dengan reka bentuk stailo, tahan lasak

vivo

Harga vivo V25 bermula RM1,799, manakala V25e (RM1,399).

Pembelian boleh dibuat di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, kedai rasmi e-store vivo Malaysia, Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.vivo.com/en/about-vivo/news.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca