SYOKNYA bila dapat melancong bersama keluarga, berkunjung ke tempat-tempat menarik. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan. Trip backpack disukai ramai kerana mudah dan jimat. Hanya bawa beg galas, anda boleh travel ke mana dengan menggunakan kemudahan setempat

“Surabaya – Malang – Yogyakarta – Bandung – Bogor – Jakarta.
Kami lima beranak iaitu suami isteri dan tiga anak berusia sembilan, lima dan dua tahun.

“Alhamdulillah berjaya travel backpack menjelajah Pulau Jawa selama 16 hari cuti sekolah tempoh hari,” kata Amirah Razali berkongsi trip keluarga.

Baca juga: Bestnya! Wanita kongsi trip 5 sekeluarga naik kereta api, backpack Kajang ke Dabong siap itinerari

16 hari berjalan di tempat baru mereka mempelajari adat budaya negara orang dan menimba pelbagai pengalaman. Melihat pemandangan alam indah ketika menaiki kereta api cukup mengujakan!

Berikut adalah itenerari boleh kalian jadikan panduan:

Tarikh : 14 – 29 Disember 2022

Pengembaraan bermula dengan Surabaya dan berakhir di Jakarta. Perjalanan antara bandar (intercity) kami naik Kereta Api Indonesia (KAI).

Berjalan sekitar kota, kami naik Gojek dan Grab.

JOHOR BHARU – SURABAYA = RM277 seorang
KOTA SURABAYA – Kota Pahlawan
Tiga hari tiga malam
-Masjid Agung Sunan Ampel
-Kampung Arab
-Tugu Pahlawan
-Patung Suro & Boyo
-Monumen Kapal Selam
-Kebun Binatang Surabaya
-Trans Studio Mini
-Tunjungan Plaza

Ketika dalam perjalanan dari Bandung menuju Jakarta dan menaiki train dari Surabaya ke Malang.

Baca juga: DIY bercuti ke Switzerland bersama 3 orang anak, tak perlu khidmat pemandu pelancong

SURABAYA – MALANG (2 jam 15 minit)
IDR25,000 (RM8 seorang)
KOTA MALANG – Kota Bunga
Tiga hari dua malam
-Alun-Alun Tugu Malang
-Selecta Park
-Trans Studio Mini
-Pecel Kawi

Kebun Raya Surabaya
Kebun Raya Surabaya

MOUNT BROMO SUNRISE TOUR
Beli pakej kat Klook RM230 seorang
Weekend lagi mahal dari weekday
-Mount Penanjakan
-Gunung Batok
-Kawah Gunung Bromo
-Pasir Berbisik
-Savanna Hill / Bukit Teletubbies

Amirah sekeluarga di Gunung Batok.

MALANG – YOGYAKARTA (6 jam 20 minit)
IDR290,000 (RM85 seorang)
KOTA JOGJA – Kota Gudeg
Tiga hari dua malam
-Malioboro
-Punthuk Setumbu
-Borobudur
-Hutan Pinus Pengger
-HeHa Sky View
-Titik Nol Yogyakarta

Selecta Malang

YOGYAKARTA – BANDUNG (7 jam 42 minit)
IDR290,000 (RM85 seorang)
KOTA BANDUNG – Kota Kembang
Tiga hari tiga malam
-Pasar Baru
-23 Paskal
-Floating Market Lembang
-Farmhouse Susu Lembang
-Cihampelas
-Masjid Agung Trans Studio

Baca juga:Percutian bajet dalam M’sia 10 hari baru RM3K, lelaki ini kongsikan

Menjamu selera di Restoran Alas Daun, Bandung.

BANDUNG – JAKARTA (2 jam 40 minit)
IDR150,000 (RM43 seorang)
– Pemandangan dalam keretapi yang awesome.
– Melalui Jembatan Cisomang iaitu jambatan keretapi tertinggi di Indonesia.

Lepak di Kafe Kereta Api

JAKARTA – BOGOR (1 jam)
IDR6,000 ( RM2 seorang)
Naik Komuter dan beli kad e-money macam Touch N Go.
KOTA BOGOR – Kota Hujan
-Hampir setiap hari Bogor pasti dilanda hujan, bahkan ketika musim kemarau sekalipun.
-Kediaman rasmi Presiden Indonesia
Tiga hari dua malam
-JungleLand Adventure Theme Park
-Alun-alun Bogor
-Pasar Anyar
-Kebun Raya
-Botani Square
-Mall BTM Bogor
-Taman Budaya Sentul
-Tugu Kujang

Perjalanan ke Bogor menaiki komuter

GRAB BOGOR – JAKARTA (45 minit)
IDR252,000 (RM73)
– Barang sudah banyak dan sudah malam, jadi gunakan khidmat Grab untuk terus ke hotel di Jakarta.
KOTA JAKARTA – Kota Metropolitan
Tiga hari dua malam
-Pasar Baru
-Monumen Nasional (Monas)
-Tanah Abang
-Thamrin City Mall

Bergambar kenangan di Monumen Nasional.

JAKARTA – JOHOR BAHRU RM430 seorang

Baca juga: 10 tempat menarik wajib singgah Cameron Highland tahun 2022, ada yang masuk percuma!

TIP TRAVEL TRANS JAVA

Amirah turut berkongsi beberapa info penting yang perlu diberi perhatian ketika travel seperti berikut:

1-INSURANS
– Lindungilah pengembaraan anda dengan travel insurance. Kiteorang ambil Etiqa TripCare 360 Takaful + Covid-19 (Premium) untuk 16 hari = RM407.09. Jadi bolehlah travel dengan peace of mind inssya-ALLAH.

2-APPS
-PeduliLindungi Install siap-siap kat Malaysia. Kadang kala nak masuk beberapa tempat masih kena scan dengan app PeduliLindungi.

3-GRAB DAN GOJEK
– Install siap-siap di Malaysia jadi boleh link terus dengan kad debit or kredit kita.
– Bandingkan yang mana murah baru tempah. Kadang-kadang Grab murah tapi adakalanya Gojek yang murah.
– Parking dan tol tak termasuk dalam kos so nanti pemandu akan minta sama ada nak bayar tunai atau masuk dalam aplikasi.

4-INTERNET
Roaming dengan Digi agak murah atau boleh beli E-Sim Indonesia di Shopee.

5-ATM CARD
– Tiba-tiba sampai Indonesia sindrom nak shopping membuak-buak pula tapi tukar duit rupiah sikit je. Don’t worry kalian boleh keluarkan duit kat Setor Tarik Tunai (CDM) atau Tarikan Tunai (ATM) di sana.
– Yang penting jangan lupa untuk aktifkan kad bank anda untuk pengeluaran antarabangsa.
– Cas setiap transaksi RM10. Bagusnya terus keluar banyaklah. Cari BNI ATM untuk pengeluaran sehingga 2.5 juta per transaksi sebab ada beberapa bank benarkan pengeluaran maksimum satu juta sahaja.

6-KERETA API INDONESIA (KAI)
– Ada banyak cara nak beli tiket train Kereta Api Indonesia (KAI). Antaranya di aplikasi KAI Access, Traveloka dan Tiket.com.
– Boleh beli siap-siap lepas itu jangan lupa pergi Kaunter Intercity Train Check-in di Stasiun Kereta Api untuk cetak boarding pass.
– Boleh juga beli tiket kereta api di Indonesia.
– Beli melalui aplikasi KAI Access kemudian buat pembayaran di Indomaret.
– Ambillah peluang untuk menikmati pemandangan sepanjang dalam keretapi.
– Memang awesome dan cantik keindahannya gunung-ganang, sawah padi dan kawasan tinggi.

7-PAKAIAN
– Kalau plan untuk ke Bromo jangan lupa bawa baju tebal. Sejuk kat Puncak Penanjakan boleh jatuh sampai 4°C.
– Pakaikan baju tebal untuk anak kecil. Bawa sarung tangan dan topi supaya anak-anak selesa.
– Nak beli kat situ pun ada je yang jual.

8-VAKSIN
– Pastikan ada bukti vaksinasi. Masa tiba di Airport Surabaya mereka akan periksa.
– Naik train pon agak ketat, mereka nak tengok bukti suntikan vaksinasi Covid-19 dua dos vaksin dan satu dos booster.

Hujan emas di negara orang. Sekali sekala dapat hujan emas pun syok juga kan?

Menaiki KAI Kelas Ekonomi dari Surabaya ke Malang

Baca juga: Gadis kongsi pengalaman naik ‘sleeper train’ ke Kelantan, seronok jalan-jalan sambil cari makan

Travel dengan anak kecil ada cabaran tersendiri. Sebagai ibu, Amirah berkongsi tip mudah mengendalikan anak-anak ketika mengembara seperti berikut:

1-Jaga emosi mereka.
2-Pastikan cukup makan, tidur dan berikan vitamin.
3-Cari tempat yang mereka excited untuk kunjungi seperti taman tema (theme park).
4- Belikan plush toy untuk gembirakan mereka.
5-Bawa permainan yang mereka suka untuk kill the time dalam train atau flight. Contohnya kad Uno, buku sticker, catur, patung Barbie.

Total kos selama 16 hari ialah RM16,000 termasuk kos tambahan membeli beg luggage, makan dan beli-belah.

“Sebenarnya RM1,800 seorang dengan RM1,000 untuk makan dan shopping sudah memadai. Total RM2,800 seorang untuk all in sudah cukup sebenarnya,” katanya.

Momen bersama keluarga adalah priceless, Amirah dan suami enggan mensia-siakan pengalaman berharga dengan membawa anak bersama.

“Gembira bila anak-anak turut gembira. Tak kira travel jauh atau dekat bila kita travel bersama keluarga itu sudah membahagiakan.

“Selagi anak masih kecil dan bersama dengan kita, kita manfaatkan masa bersama mereka, katanya yang sedang merangka perancangan Trans Sumatera, Trans IndoChina dan Trans Siberia pada masa depan.

Baca juga: 11 tahun menetap di Norway, wanita cerita pengalaman saksikan aurora di depan mata

Sumber: Amirah Razali

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi