TEKA-TEKI orang ramai yang menantikan pengumuman harga rasmi untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil, Honda WR-V Serba Baharu akhirnya terjawab semalam.

Jenama terkemuka itu mengumumkan empat varian baharu tersebut dijual bermula RM89,900 untuk edisi S, RM95,900 (E), manakala untuk model V dijual pada harga RM99,900.

Sementara itu, versi RS paling berprestasi tinggi dijual pada harga RM107,900 tersebut diyakini mampu memikat hati pengguna, khususnya generasi muda, golongan profesional dan famili moden.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, perubahan landskap automotif negara mendorong permintaan untuk model SUV yang semakin meningkat.

WR-V

“Populariti segmen tersebut semakin meluas memandangkan ia lebih praktikal dan pada masa sama, menawarkan prestasi pemanduan dan keselesaan pada tahap yang baik.

“Justeru, kami memperkenalkan varian WR-V bagi SUV kecil pertama negara sekali gus melengkapkan barisan SUV untuk pasaran tempatan,” katanya sempena Majlis Perasmian Honda WR-V di Kuala Lumpur Convention Centre semalam.

 

Ujar Yoshimura, pihaknya yakin potensi WR-V cukup besar dalam pasaran demi mengukuhkan kedudukan Honda dalam segmen kenderaan SUV kategori bukan nasional.

“Ini kerana berdasarkan maklumat Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Honda, ciri terbaik sesebuah SUV yang dimasukkan ke dalam reka bentuk yang lebih kecil membolehkan pengguna menikmati keseronokan untuk pemanduan harian dalam bandar.

WR-V

“Paling mengujakan buat kami apabila sebanyak lebih 2,500 tempahan diterima selepas pratempahan dibuka pada Jun lalu. Ini menunjukkan signal terbaik daripada semua rakyat dan rakan kongsi,” katanya.

Baca juga SUV mini Honda, WR-V Serba Baharu sesuai untuk yang single dan berkeluarga. Lebih kompak, lebih bergaya

Tak sangka, dalam tempoh sebulan jer WR-V sudah ditempah dalam jumlah yang bukan kaleng-kaleng dan melebihi sasaran 1,300 unit untuk jualan bulanan.

WR-V

Mesti ramai tak sabar nak tahu spesifikasi wow yang membuatkan mereka teruja nak beli kenderaan tersebut.

Jom kita semak perincian kenderaan hebat itu:

i) Varian RS tampil dengan gril gaya mesh berwarna krom perak, hiasan bawah berona perak cerah dan aloi roda dwiwarna 17 inci.
ii) Ciri ground clearance setinggi 207 milimeter mengatasi kenderaan dalam kategori lebih tinggi.

Iklan

WR-V Baca juga Honda Civic e:HEV RS hanya RM166,500, pengenalan tren kuasa hibrid 2.0L curi perhatian

iii) Tambahan desain sporty pada spoiler belakang, antena shark fin dan lampu automatik LED hadapan.
iv) Ciri inovatif seperti cermin sisi lipat automatik, Smart Push-Start Button, penghidup enjin kawalan jauh dan Walk Away Auto Lock.

WR-V v) Sistem penyaman udara automatik dan paparan skrin audio 7 inci (Apple CarPlay dan Android Auto Connectivity).
vi) Enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa maksimum 121PS dan tork 145Nm.

Baca juga I Honda New Odyssey diimport sepenuhnya dari Jepun, lebih premium dengan pintu belakang pintu bebas tangan

vii) Diintegrasikan dengan transmisi boleh laras berterusan (CVT) dan teknologi tukaran G-design dengan jaminan jimat minyak dan prestasi pemanduan luar biasa.

WR-V

Iklan

Honda WR-V yang ditawarkan lima pilihan rona dinamik iaitu putih mutiara stellar, putih mutiara platinum, merah metalik, kelabu meteoroid metalik dan hitam kristal mutiara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my atau kunjungi bilik pameran berhampiran kalian untuk pandu uji.

WR-V

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang