LEBIH bergaya dan premium! Demikian respons positif rata-rata peminat jenama nasional apabila Proton memperkenalkan versi Premium X 2WD untuk X70 1.5TGD.

Pengeluar jentera tempatan itu dalam satu kenyataan berkata, varian tersebut ditawarkan pada harga bermula RM119,800 untuk pasaran di Langkawi, Kedah.

“Tawaran harga bermula RM121,500 di Labuan, manakala Sabah dan Sarawak bernilai RM128,800.

“Untuk pasaran di Semenanjung, X70 1.5TGD Premium X 2WD dijual pada harga bermula RM126,800,” katanya.

X70 1.5TGD Premium X 2WD

Secara keseluruhan, terdapat enam pilihan varian diperkenalkan. Antaranya X70 5TGDi Premium 2WD, Executive AWD, Executive 2WD dan Standard 2WD.

 

Berikut spesifikasi tambahan yang telah ditambah baik:

i) Tambahan bumbung kaca panorama untuk pencahayaan lebih baik di ruang penumpang belakang.

X70 1.5TGD Premium X 2WD

ii) Pilihan rona eksklusif seperti Quartz Black selain Space Grey dan Snow White.

iii) Reka bentuk enjin 1.5 TGDi lebih efisien dan ekonomi.

Baca juga Proton X90 jadi pilihan banyak keluarga di Malaysia. Varian yang lebih jimat minyak, mesra alam

X70 1.5TGD Premium X 2WD

Iklan

Baca juga Model klasik Proton Saga 2022 berwajah baharu, lebih premium dan jiwa muda. Harga pun mampu milik

Terdahulu, Proton X70 julung kali dilancarkan secara rasmi untuk pasaran negara pada Februari 2020.

X70 1.5TGD Premium X 2WD

Untuk rekod, sebanyak 4,145 unit telah dijual sekali gus menjadikan SUV tersebut antara model paling laris dalam negara.

Iklan

Untuk info lanjut, layari https://www.proton.com/ms-my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!