Che Ta merisik bakal isteri anak sulung minggu depan, gembira si dia bertudung. 'Sebagai ibu, saya ingin dia bahagia'
PELAKON jelita,Rozita Che Wan, mendedahkan bakal menghantar rombangan merisik untuk anak sulungnya, Ammar Effendy, 28.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, wanita pilihan hati Ammar itu berusia dalam lingkungan usia 20-an serta tidak mempunyai akaun media sosial sekali gus menggambarkan keperibadiannya yang tidak mendambakan perhatian.
Malah, katanya beliau lebih gembira wanita pilihan Ammar seorang yang bertudung.
"Saya teruja apabila bakal merisik bakal menantu untuk anak sulung saya pada minggu depan. Setakat ini, kami merancang nak beli cincin tanda.
"Sebelum ini saya doakan untuk kebahagiaan anak-anak, tetapi selepas ini kena doa rumah tangga dan jodoh terbaik untuk mereka.
"Saya sebagai ibu gembira untuk dia (Ammar). Tak kisah siapa pun yang dia pilih, saya nak dia bahagia. Saya suka wanita pilihan Ammar sebab dia pakai tudung," katanya.
Pelakon Adik Manja Returns itu juga berkata, imej bertudung bakal wanita pilihan anak sulungnya bukanlah satu-satunya ciri yang membuatkan hatinya tertawan.
"Sebenarnya saya sedia terima dia sebagai menantu bukan sebab dia pakai tudung, tetapi sebab Ammar sebagai suami yang perlu mendidik dia menjadi isteri yang terbaik.
"Tapi bila dapat yang berhijab, lebih mudahlah. Dan lagi satu, wanita itu juga bukan jenis yang jenis suka main media sosial," katanya.
Bercerita Iebih lanjut tentang tarikh pernikahan Ammar, Che Ta memberi bayangan bahawa ia akan dilangsungkan setahun lagi.
"Hal ini kerana bakal besan saya mahu melepaskan dulu anak sulung mereka. Selepas itu, baharulah majlis Ammar akan dilangsungkan.
"Namun perincian majlis termasuk bertunang hanya akan dibincangkan ketika acara merisik nanti. Doakan majlis berjalan dengan lancar," ujarnya.
Sekadar info, Che Ta turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Aniq Ezzra dan Aaisyah Dhia Rana selain Ammar.
Ammar dan Aniq adalah anak daripada perkahwinan pertamanya bersama juruterbang, Azuar Effendy Zulkaply sebelum berpisah pada 2005.
Che Ta kemudian berkahwin dengan aktor Zain Saidin pada 13 Disember 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Aaisyah Dhia Rania.
Sumber: OfficialHLive, Astro Gempak
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang