Sisley Choi tidak kekok datang ke Malaysia, puji rakyat sangat peramah

No Image Caption
A
A
A

PELAKON jelita Hong Kong, Sisley Choi mengembangkan sayap dalam industri hiburan dengan pendekatan berani membintangi pelbagai watak sehingga memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik 2020.

Setelah beberapa kali membuat lawatan di Malaysia bagi mempromosikan drama dibintanginya, juara Miss Hong Kong itu mengagumi sifat rakyat negara ini yang peramah dan mesra.

“Saya gembira melihat kemesraan yang ditunjukkan orang Malaysia dan perkara itu membuatkan saya sangat selesa.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan ulangtahun BMF yang ke-42 bersama Sisley Choi pada Khamis.

Sebagai pelakon tersohor dari Hong Kong, aktres berkenaan sering dipuji kerana memiliki kecantikan dan keanggunan semula jadinya.

Rahsianya kini terbongkar apabila beliau mendedahkan gemar melakukan rawatan wajah di spa kecantikan bagi mengatasi masalah kulit kering akibat terdedah matahari.

"Rawatan wajah adalah sangat baik kerana saya banyak terdedah kepada cuaca panas ketika pengambaran drama jadi kadang-kadang kulit menjadi kering,"ujarnya.

Sebagai duta jenama baharu BMF The Aesthetics People, beliau mengajak lebih ramai wanita untuk tampil cantik dan yakin dengan ciri keunikan tersendiri.

“Saya bersyukur dan teruja dengan lembaran baharu dalam hidup ini. Pada masa sama, saya komited untuk mendukung nilai dan visi jenama BMF dan membantu lebih ramai wanita untuk berasa cantik dan yakin dengan ciri keunikan mereka.

Dalam pada itu, syarikat kecantikan itu telah menjadi peneraju penjagaan kesihatan selama empat dekad di Malaysia dengan menawarkan pendekatan kesihatan bersepadu yang unik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang