'Comelnya Uqaira, macam ibu. Bulu mata lentik.' Netizan teruja lihat wajah anak Uqasha Senrose & Kamal Adli

No Image Caption
A
A
A

MAJLIS kesyukuran dan akikah puteri sulung Uqasha Senrose dan Kamal Adli, Hawra Uqaira selamat berlangsung baru-baru ini.

Dihadiri kaum keluarga dan pendakwah selebriti, Ustaz Wadi Annuar, majlis berkenaan turut menyaksikan buat pertama kalinya wajah si kecil tersebut didedahkan kepada tetamu.

Malah, sang ibu yang juga pemilik nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut memuat naik gambar wajah puteri sulungnya itu.

Hantaran tersebut memperlihatkan pelakon berkulit putih berkenaan sedang memangku anak kesayangannya.

No Image Caption

"Ibu dan Uqaira pakai abaya matching. So inilah wajah anak Qasha. Uqasha dan Uqaira," titipnya.

Dalam hantaran lain, isteri kesayangan Kamal Adli itu meluahkan rasa syukur kerana majlis akikah anaknya berjalan dengan lancar dan menyatakan harapan agar si kecil itu membesar dengan baik dan menjadi anak solehah.

Baca juga: Rajin bangun susukan anak & berjaga malam, Kamal Adli bangga Uqasha pandai jaga puteri sulung

Baca juga: 'Bagus ayah, semua buat sendiri.' Penampilan Uqasha, Kamal Adli dan anak perempuan buat ramai teruja. Comelnya, putih gebu!

No Image Caption

“Alhamdulilah syukur Ya ALLAH terima kasih banyak-banyak Ustaz Wadi Annuar sudi tahnikkan puteri Qasha. Semoga menjadi anak yang solehah anakku,” kongsinya.

No Image Caption

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya peminat teruja dan memuji kecomelan anak Uqasha yang mirip seperti wajah ibunya yang jelita. Ujar mereka:

"Masya ALLAH comelnya Uqaira."

"Comelnya."

"Comel macam ibu dia, bulu mata tu lentik."

"Masya-ALLAH tabarakallah comelnya Uqaira. MOga menjadi anak soleh. eii geramnya tengok dia tengah tidur tu."

Uqasha melahirkan Uqaira seberat 2.72 kilogram pada 27 April 2024 di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Pelakon berusia 32 tahun yang bernikah dengan dan Kamal Adli pada 5 November 2021 itu sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang