'My now sister in law.' Jeslina rasmi milik Tunku Eddy, kini biras Sarimah Ibrahim
PENYANYI Che PuanJeslina Hashim, 46, rasmi bergelar isteri kepada Tunku Eddy Nasruan Adi Mudzaffar yang merupakan cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim, 46, sempat berkongsi momen bahagia menerima penyanyi itu sebagai ahli keluarga baharu.
""Hari yang indah dan majlis yang indah bagi meraikan akad nikah adik ipar saya @eddymudzaffar bersama biras,@jeslinahashim.
"Semoga ALLAH menjaga dan merahmati kalian berdua agar sentiasa gembira, sihat dan terus bersama hingga jannah," katanya.
Turut menyerikan majlis suaminya, Tunku Nadzimuddin yang juga cucu kepada Tuanku Ja'afar dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah, 4.
Terdahulu, Jeslina dan suaminya, Tunku Eddy dilapor sudah lapan tahun menganyam cinta sebelum disatukan.
Jeslina atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohamed Hashim sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 namun berpisah pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan, pelantun lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Micah, 16 dan Keira, 14.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang