'Berbaloi bagi orang makan, nampak sedap.' Kek kahwin Sean Lee tular, guna 5kg buah strawberi import jadi perhatian

No Image Caption
A
A
A

SELAMAT bergelar suami minggu lalu, perkahwinan pelakon dan pengacara Sean Lee, 29, dan pasangan, Bay Doucet, 26, terus menjadi perhatian ramai.

Antaranya ialah kek perkahwinan mereka yang unik dan ringkas. Selalunya kek perkahwinan bertingkat dan menggunakan elemen fondant pelbagai warna, namun pengantin baharu itu memilik kek ringkas yang dihias strawberi.

Jarang nampak kek kahwin macam ni, kan? Menerusi perkongsian di platform X milik pembuat kek dikenali sebagai Shazwan_r, kek berukuran besar dan dihiasi dengan buah strawberi segar berharga sekitar RM2,500 termasuk dengan caj penghantaran.

Baca juga: 23 tahun berkahwin belum miliki kad nikah, suami isteri nyaris ditangkap basah di hotel

No Image Caption

Memetik laporan dari Astro Gempak, awalnya Shazwan tidak mengetahui gerangan pengantin.

“Wakil dari KAMI Weddings menghubungi kami mengenai kek ini sebab pernah buat kek yang sama sekitar Mac lalu.

“Kek-kek yang kami buat mengikut standard saiz ‘designer cake’. Kita tak pernah buat cake bersaiz besar. Ia semestinya memberikan cabaran buat kami,” katanya.

No Image Caption

Baca juga: Tahniah! Hefni Sahad kini bergelar suami, milik Nur Atikah dengan sekali lafaz

Baca juga: Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet

Baca juga: Pengantin lelaki berbaju Ultraman Taro tular, rupanya peminat cosplay. Dedah kostum berharga lebih RM2,000. 'Keberaniannya memang powerlah'

Pengusaha pastri itu juga menambah telah menggunakan lima kilogram strawberi import sebagai deko pada permukaan kek tersebut.

“Kami guna sekurang-kurangnya 20 kotak strawberi yang secara total seberat lima kilogram," ciapnya di laman X.

No Image Caption

Terdahulu, Sean mengejutkan para peminat apabila berkongsi gambar hari bahagianya dengan seorang pempengaruh dan model jelita itu.

Bekas pengacara Famili Duo itu turut memuat naik kapsyen ringkas dalam bahasa Inggeris '‘yes & amen’ dan ‘too cute to gatekeep’ serta gambar mereka mengenakan busana sedondon berwarna putih.

Sekadar info, Bay yang berdarah kacukan Cina Malaysia-Amerika Syarikat memiliki Ijazah Sarjana Muda (Communcation Design), Royal Melbourne Institute of Tehcnology (RMIT) Australia. Bay juga memiliki perniagaan butik pakaian preloved di ibu kota.

Sumber: Gempak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang